Pramusim Luar Negara, Adakah Ia Petanda Positif Atau Sebaliknya?

Menjelang saingan Liga Malaysia 2023 yang bakal bermula tidak lama lagi, kebanyakan kelab tempatan kini semakin sibuk mempersiapkan diri untuk tampil lebih baik berbanding tahun lalu.

Ada sesetengah pasukan dilihat agak berdiam diri dari segi persiapan mereka, dengan tidak mengumumkan banyak perkara buat para peminat yang menunggu.

Selain itu, ada pasukan yang semakin meriah dengan persiapan mereka dengan hampir setiap hari mengumumkan barisan pemain baharu ditandatangani pada tahun ini.

Malah, aksi-aksi pramusim juga tampak semakin rancak kini dengan beberapa kelb saling menjalani perlawanan persahabatan secara terbuka dan tertutup.

Lebih menarik, tahun ini menyaksikan lebih banyak pasukan yang semakin terbuka untuk menjalani siri perlawanan persahabatan di luar negara berbanding sekadar bertemu kelab tempatan.

Kedah Darul Aman (KDA) antara yang mencuri tumpuan, setelah mereka kini sudah pun berlepas ke Turkiye untuk menjalani beberapa aksi persahabatan dengan pasukan di Eropah.

Selain itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) terlebih dahulu sudah pun beberapa hari di Dubai dengan melalui aksi persahabatan bersama beberapa kelab yang mempunyai nama besar.

Sebelum itu, Sri Pahang tampil dengan aksi pramusim di luar negara untuk melalui beberapa perlawanan di Thailand bagi mencari rentak terbaik sebelum persaingan liga bermula.

Paling menarik, pencabar terbaharu Liga Super musim hadapan iaitu Kuching City kini turut berada di luar negara dengan menjadikan Kemboja sebagai destinasi pramusim.

Diberitakan Terengganu juga akan berlepas ke Thailand bagi menjalani latihan serta aksi pramusim di sana, setelah Kelantan, Sabah dan Sri Pahang telah pun menetapkan lokasi tersebut sebelum itu.

Sesuatu yang positif untuk diperkatakan ialah mengenai kebanyakan pasukan mula semakin berani untuk melangkah lebih jauh ke luar negara bagi menjalani aksi pramusim.

Ianya jelas sesuatu yang sangat baik, kerana selain mengeratkan hubungan bersama pasukan-pasukan luar negara, para pemain juga mampu menimba seberapa banyak pengalaman menentang kelab asing.

Disamping itu, para pengurusan juga dapat mempelajari sesuatu mengenai infrastruktur yang ada pada kelab luar kadangkala lebih baik berbanding kelab tempatan.

Contoh terbaik dapat dilihat untuk Kuching City yang turut tidak melepaskan peluang untuk melawat fasiliti yang ada pada salah satu kelab di Kemboja dan dianggap sangat berkualiti.

Paling penting, secara tidak langsung setiap pasukan yang berlepas ke luar negara untuk aksi pramusim ini turut menjadikan Liga Malaysia (Liga-M) semakin dikenali ramai dan mungkin dapat menarik perhatian mereka.

Pada masa akan datang, mungkin kelab-kelab tempatan ini sendiri dijemput pasukan hebat luar negara untuk menjalani aksi pramusim setelah ianya semakin terkenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN