14 Perlawanan Tidak Tewas, Persib Bandung Cipta Rekod Baharu Di Indonesia

Pengendali Persib Bandung iaitu Luis Milla secara rasminya telah pun melakar rekod baharu dalam saingan Liga 1 Indonesia musim ini, setelah mereka berjaya menewaskan PSS Sleman dengan keputusan 2-0 semalam.

Luis bukan lagi satu nama asing dalam arena bola sepak di Indonesia setelah kejayaan beliau sebelum itu untuk mengemudi skuad kebangsaan berkenaan pada tahun 2017-2018.

Tampil dengan prestasi yang baik, nama Luis jelas sangat dihormati oleh para penyokong bola sepak tempatan di Indonesia, terutama sekali peminat Persib Bandung.

Walaupun hadir dengan sedikit tidak konsisten pada awal perlawanan, Persib kembali bangkit menerusi era baharu dibawa oleh Luis selepas beliau menggantikan Robert Alberts di posisi kejurulatihan.

Untuk terus mengukuhkan skuad, kelab tersebut berjaya mendapatkan bekas pengendali West Ham United, iaitu Manuel Perez Cascallana de Ramon selaku pembantu jurulatih kepada Luis Milla untuk mengharungi saingan liga.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Manu itu, sebelum ini pernah menjadi pembantu jurulatih kepada salah satu kelab gergasi di India iaitu ATK Mohun Bagan.

Hasilnya, kini satu sejarah baharu dilakar pasukan berkenaan iaitu menjadi satu-satunya kelab yang tidak pernah tewas dalam 14 perlawanan bagi satu musim.

Kejayaan tersebut juga secara tidak langsung berjaya memintas rekod bekas pengendali Arema FC iaitu Eduardo Almeida yang sebelum itu tidak pernah tewas dalam 13 perlawanan.

Rekod 14 perlawanan tidak pernah tewas ini sebenarnya pernah dilakukan sebelum itu menerusi Rahmad Darmawan ketika beliau menjadi pengendali RANS Nusantara FC musim 2018.

Namun, ianya tidak sama seperti Luis selepas rekod tidak tewas Rahmad ketika itu terus bersambung ke saingan liga musim 2019 dan bukannya seperti dibuat oleh pengendali Persib Bandung tersebut menurut CNN Indonesia.

Jika sebelum ini nasib Persib agak menyedihkan pada awal musim sehingga mendapat bantahan segelintir penyokong, kini mereka pastinya gembira dengan prestasi kelab tersebut.

Untuk rekod semasa, Persib ketika ini berada di puncak liga dengan 45 mata berjaya dikumpul daripada 21 perlawanan dihadapi pasukan tersebut.

Walaupun begitu, dua lagi pasukan iaitu Persija Jakarta dan PSM Makassar masing-masing turut mengejar rapat, selepas mereka hanya dibezakan satu mata sahaja berbanding Persib.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN