Hadi Fayyadh Sedia Jadikan Perak Selaku Pencabar Liga Super 2023

Perak kini boleh dianggap dalam proses akhir persiapan mereka dalam aksi pramusim, sebelum mereka bakal menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal membuka tirai tidak lama lagi.

Bawah kendalian Datuk Lim Teong Kim, pasukan tersebut sudah pun membuat beberapa rombakan baharu dalam senarai pemain untuk persaingan musim ini termasuk import.

Pemain tempatan yang dilihat mencuri tumpuan ketika ini terarah kepada bintang muda Malaysia yang sebelum ini beraksi di Jepun iaitu Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Hadi yang sebelum ini beraksi di Jepun telah mencuri tumpuan ramai, setelah dirinya kembali pulang ke Malaysia untuk menyertai Perak dalam aksi Liga Super.

Walaupun begitu, aksi pramusim Perak ketika ini dilihat tidak begitu berjalan dengan lancar, dan terbaharu pasukan diwakili Hadi itu mencatat kekalahan dalam saingan Piala Menteri Wilayah Persekutuan.

Dalam aksi yang berlangsung itu, Perak terpaksa menerima keputusan perit selepas tewas 0-3 di tangan Kuala Lumpur City, dan Hadi bersama rakan serangan lain tidak mampu untuk meledak sebarang jaringan.

Menyedari ketumpulan masih lagi menghantui diri setakat ini, Hadi tetap yakin kepada dirinya untuk menamatkan rekod tanpa gol bersama Perak untuk aksi seterusnya.

Menurut pemain muda tinggi lampai itu selepas sah meninggalkan Jepun, dirinya masih lagi belum cukup berpuas hati dengan prestasi individu.

“Kami ada masa sebelum berlawan dengan Kedah seleaps ini, saya harap kami dapat lakukan persediaan dengan baik dan tingkatkan keserasian.

“Saya dapat rasakan ada keserasian dengan Christian Obiozor dan saya percaya persefahaman kami akan lebih baik perlawanan demi perlawanan.

“Saya percaya dengan jurulatih dan pemain, kita sudah nampak perkara positif cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

“Kalah sekali tidak semestinya kalah lagi selepas ini, saya dan pemain lain akan lakukan terbaik untuk menampilkan persembahan yang baik dan jadi pencabar dalam liga,” kata Hadi menerusi Harian Metro.

Selain Hadi, Perak turut menandatangani beberapa lagi tonggak tempatan lain, sambil mengekalkan barisan pemain-pemain muda baharu untuk memberi persaingan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN