Schalke 04 mengadakan perlawanan pemanas badan – pra musim menentang kelab bawahan Bottrop FC pada Jumaat.
Sebelum ini Schalke menang 3-1 ke atas RW Oberhausen. Ada segelintir peminat Schalke mengkritik gaya permainan Schalke yang dikendalikan pengurus baharu David Wagner – melabel pasukan itu tidak cukup tajam.
Spotted in the crowd 👀
Welcome, Jonjoe #Kenny! 👋#s04 | #BOTS04 pic.twitter.com/2roaY6wMoq
— FC Schalke 04 (@s04_en) July 12, 2019
Namun aksi Jumaat menentang Bottrip ternyata Schalke bermain dengan sangat serius dan membuktikan mereka kali ini terlalu tajam.
Mereka mencatatkan kemenangan 20-1 dalam aksi yang mana Schalke membariskan pasukan yang kuat.
Separuh masa pertama sahaja mereka sudah mencatat keputusan 11-1.
We're 11-1 up at the break, with goals coming from Skrzybski (3), Burgstaller (5), Raman (2) & Rudy 🤩#s04 | #BOTS04 pic.twitter.com/f4FM38Gzet
— FC Schalke 04 (@s04_en) July 12, 2019
Guido Burgstaller menjaringkan hatrik berganda dengan 6 gol. Manakala Steven Skzybski dengan hatrik, dua gol masing-masing daripada Seba Rudy, Armine Harit dan Jonas Carls.
Jason Ceka, Gorkem Can, dan Ahmed Kutucu masing-masing mencetak satu gol.
FT: It's goals galore as #S04 run out as 20-1 winners, with Skrzybski (3), Burgstaller (6), Raman (2), Rudy (2), Harit (2), Ceka, Carls (2), Can & Kutucu getting the goals ⚽⚽⚽#s04 | #BOTS04 pic.twitter.com/J0rMitniVS
— FC Schalke 04 (@s04_en) July 12, 2019
Tamat perlawanan David Wagner menyatakan beliau tidak begitu memikirkan soal kemenangan besar itu, tetapi lebih memfokuskan aspek teknikal seperti kecergasan pemain.
“Kami bermain dengan tempo yang betul, dan saya sangat sukakannya. Keputusan bukan perkara paling mustahak. Para pemain kekal cergas.”
“Apa yang paling saya suka adalah para pemain bermain bukan hanya sekadar menunjukkan mereka mahu bermain. Tetapi mereka menunjukkan rasa dahagakan gol – walaupun berhadapan dengan sesiapa sahaja lawan.”