Kelab Perancis, Olympique Marseille Dimalukan dalam Perlawanan Pra-Musim?

Ketika kelab ternama di serata Eropah sibuk membuat persiapan bagi pertandingan pra-musim, masih ada lagi kelab yang bersikap konservatif dengan mengadakan perlawanan pra-musim.

Mereka berkelana dari satu negara ke satu negara mengadakan perlawanan persahabatan pra-musim.

Bukan calang-calang

Kelab kerdil di England, Accrington Stanley telah menjadi pilihan bagi perlawanan pra-musim oleh kelab Perancis, Olympique Marseille. Marseille merupakan kelab ternama Perancis yang pernah memenangi kejuaraan liga domestik negara tersebut sebanyak 9 kali.

Perlawanan itu tidak diadakan di Crown Ground, laman sendiri Stanley. Sebaliknya, AJ Bell Stadium telah digunakan untuk perlawanan itu.

Dilaporkan tidak sampai 1,500 penonton menghadiri perlawanan pra-musim itu.

Barisan terkuat

Marseille menurunkan beberapa pemain penting antaranya Dmitri Payet. Sedangkan Stanley pula dikatakan mempertaruhkan gandingan antara pemain dan pelatih kelab.

Stanley mendahului seawal minit ke-28 melalui gol Sean McConville Kemudiannya, pelawat dikejutkan dengan gol kedua tuan rumah. Gol kedua tuan rumah itu hadir pada minit ke-37 yang disumbangkan  Offrande Zanzala.

Zanzala menjaringkan penalti yang dihadiahkan pengadil. Rakan sepasukannya, Sean McConville telah dijatuhkan dalam kotak penalti sebelum itu.

Rombakan

Penjaga gol Marseille cuba ditewaskan oleh pemain Stanley. Sumber: https://www.givemesport.com/1489271-accrington-stanley-defeated-marseille-21-in-a-preseason-friendly

Pengurus Marseille, Andre Villas-Boas mengambil keputusan untuk merombak pasukan itu bagi menghadapi separuh masa kedua. 10 pertukaran dibuat dan Florian Thauvin dimasukkan.

Pelaburan Villas-Boas menjadi apabila Thauvin menjaringkan gol pada minit ke-77. Namun begitu, kedudukan yang menyaksikan kelebihan buat Stanley itu kekal hingga wisel penamat.

Tular

Keputusan perlawanan ini telah pun tular di serata England. Ramai tidak menjangka Stanley berjaya mengalahkan Marseille.

Malah ada yang menyakat agar Stanley menjemput Barcelona untuk ditentang pada masa akan datang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN