Kini Mula Dibenci, Penyokong Barcelona Tampal Poster ‘Neymar Pembelot’ Depan Nou Camp

Isu perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) kini sudah memasuki fasa baharu.

Dan nyata ia bukanlah fasa yang baik untuk didengar.

Hal ini kerana, dikala masih ramai penyokong Barcelona yang mengharapkan pemain Brazil itu tidak meninggalkan Nou Camp untuk Parc De Princes – ada yang sudah mula jelek dengan Neymar.

Terdapat segelintir penyokong Barcelona yang kini sudah muak dengan cerita perpindahan pemain tersebut dan sudah mengalah. Mereka kini mahu Neymar pergi dari kelab!

Bagi mereka, Neymar hanyalah pemain yang dambakan wang sahaja dan kini tiada lagi hati untuk bermain demi lencana kelab Catalan itu.

Terkini di Barcelona, terdapat sebuah poster yang ditampal di hadapan Nou Camp mencari “si pembelot”.

Di poster tersebut, terdapat hebahan yang penyokong Barcelona sedang mencari “si pembelot” yang “gilakan wang.”

“Pembelot” tersebut adalah Neymar!

https://twitter.com/Zizouology/status/892282530056986624

Di poster tersebut, ia bermaksud:

“Dikehendaki: pembelot.”

“Si tamak di Barcelona. Hanya suka bermain demi jersi sahaja.”

Gambar Neymar diletakkan di tengah-tengah poster. Jelas kini pemain ini sudah mula menerima reputasi buruk di kelabnya.

Sumber:

  1. ESPN (2017): Neymar branded ‘traitor’ and ‘mercenary’ on poster in Barcelona; http://www.espn.in/football/blog/the-toe-poke/65/post/3169937/neymar-branded-traitor-and-mercenary-on-poster-in-barcelona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN