Bagaimana ‘Gentleman Agreement’ Chelsea-United Melengahkan Perpindahan Matic

Ketika Conte mengesahkan yang beliau menyerahkan masa depan Matic di tangan kelab, beberapa jam kemudian, Matic memuat naik gambar beliau dengan baju t Manchester United.

Saga perpindahan Matic ke United sudah lama. Sejak awal perpindahan musim ini lagi. Namun kenapa ia dilengahkan? Mourinho adalah pengurus yang sukakan perpindahan dilakukan seawal mungkin untuk pemain menyertai pra-musim.

Beliau sendiri mengamuk dengan Ed Woodward yang tiba-tiba bercuti dan tidak berusaha mendapatkan pemain sasaran beliau seawal mungkin.

Sebelum ini, sumber 101greatgoals menyatakan yang perpindahan Matic dilengahkan kerana Chelsea mahu mendapatkan Nainggolan terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, Nainggolan adalah pemain sasaran United jika mereka gagal mendapatkan Matic. Setelah beberapa perbincangan peribadi di antara Mourinho dan hierarki pentadbiran Chelsea, mereka mencapai satu kesepakatan.

Mourinho menarik diri daripada persaingan untuk mendapatkan beberapa pemain sasaran Chelsea termasuk Radja Nainggolan.

Sebelum ini, Chelsea terlepas untuk mendapatkan Lukaku kerana Mourinho berjaya meyakinkan pemain itu untuk ke Old Trafford.

Namun malangnya, pengurusan AS Roma telah menutup jalan untuk Nainggolan menyertai kelab lain termasuk Inter Milan.

United terus mahukan Matic dalam kadar segera. Chelsea meminta agar United bersabar dan mereka dalam proses mendapatkan Bakayoko.

Bakayoko juga dalam senarai Mourinho. Anda pasti masih ingat bagaimana Bakayoko mengusik peminat United dengan status ‘merah’ dan kemudian memadamkannya.

Ketika Bakayoko berada di pusat latihan Chelsea untuk berunding terma peribadi, Mourinho terus terbuka bercerita tentang Matic.

Beliau memberitahu media bahawa, jika ada peluang untuk bergabung semula dengan Matic, kenapa tidak beliau ambil peluang itu?

Lebih mencemaskan United apabila Bakayoko dilaporkan gagal dalam pemeriksaan kesihatan. Namun United tetap sabar menunggu. Akhirnya Bakayoko sah menjadi pemain baru Chelsea.

Chelsea kemudian meminta harga di sekitar £35 juta sehingga £40 juta untuk pemain 29 tahun. Oleh kerana harga yang tinggi ini, Mourinho mahukan Ed Woodward cuba berunding sekali lagi.

Mourinho kemudian mengarahkan Galatasaray untuk menjauhi Fellaini kerana pemain itu sangat penting untuk United. Ia menggambarkan, United tidak akan melepaskan pemain itu kerana mereka perlukan pemain seperti Fellaini untuk menampung squad depth.

Ini kerana, mereka mungkin akan menarik diri daripada mendapatkan Matic. Penantian United berbaloi kerana mereka akhirnya berjaya mendapatkan Matic dengan Chelsea berkeras dengan harga yang mereka minta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN