Drogba Dedahkan Sebab Kenapa Beliau Sering Jaringkan Gol Lawan Arsenal

Didier Drogba, beliau adalah satu daripada ramai penyerang yang digelar sebagai legenda di Premier League.

Kehadiran beliau dari Marseille pada mulanya dianggap sebagai pembelian yang kurang menyakinkan oleh Jose Mourinho, namun begitu beliau pergi meninggalkan Chelsea dengan status sebagai raja di Stamford Bridge.

Satu perkara menarik mengenai Drogba adalah, selain daripada pelbagai gelaran yang beliau peroleh bersama-sama Chelsea beliau juga mempunyai satu rekod individu yang menarik.

Rekod yang dimaksudkan adalah rekod menjaringkan gol ketika menentang Arsenal.

Untuk rekod, Arsenal merupakan pasukan paling banyak dibolosi Drogba dalam saingan Premier League.

Dari 15 penampilan menentang Arsenal, Drogba menjaringkan 13 gol dan 4 bantuan gol!

Ia merupakan rekod yang lebih baik berbanding rekod beliau menentang Liverpool.

Menentang Liverpool, Drogba memerlukan 30 penampilan untuk menjaringkan 11 gol dan 7 bantuan gol.

Tapi apa rahsia Drogba boleh menewaskan kubu Arsenal dengan cukup mudah?

Dalam sebuah makan malam Premier League, Drogba mendedahkan rahsia itu.

Semuanya berpunca daripada Theirry Henry, penyerang Arsenal yang digilai anak Drogba sendiri.

“Satu hari, saya bertanya kepada anak saya siapakah pemain bola sepak yang paling dia suka?”

“Saya jangkakan yang dia akan sebut nama saya tetapi anak saya sebut Theirry Henry.”

“Jadi saya rasa itulah sebabnya kenapa saya sering jaringkan gol lawan Arsenal!”

https://streamable.com/71q8x

Walauapa pun, Drogba dan Henry tetap antara penyerang terhebat di Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN