Selepas 8 Tahun Di Bayern Munich, Holger Badstuber Kini Bawa Diri Ke Vfb Stuttgart

Masihkah anda ingat dengan Holger Badstuber?

Pemain Bayern Munich merupakan antara watak utama kelab tersebut di bahagian pertahanan kiri namun begitu langit tidak selalunya cerah.

Beliau dihimpit dengan pelbagai siri kecederaan menyebabkan dirinya kehilangan tempat di kesebelasan utama kelab tersebut.

Baru-baru ini, Bayern Munich telah mengumumkan yang pemain tersebut dibenarkan untuk meninggalkan kelab itu secara percuma selepas kontraknya disambung.

Badstuber ada merancang untuk pergi keluar dari zon Bundesliga dengan ingin bermain di liga-liga lain.

Menurut sumber, beliau sedang merancang untuk bermain di La Liga bersama Sevilla atau di Portugal bersama dengan Sporting Lisbon.

Akan tetapi, pelan tersebut dijangka akan berubah.

Hal ini kerana, Badstuber dijangka memilih untuk kekal di Jerman untuk bermain di Bundesliga sekali lagi!

Beliau dikatakan berminat untuk menyarung jersi Vfb Stuttgart walaupun kelab tempat beliau bermain sebagai pemain pinjaman iaitu Schalke 04 pada musim lalu ingin menyambung khidmatnya secara tetap.

Ke mana beliau akan pergi? Sama-sama kita nantikan.

Sumber:

  1. ESPN (2017): Holger Badstuber likely to continue career with promoted Stuttgart; http://www.espnfc.com/blog/transfer-talk/79/post/3169942/holger-badstuber-likely-to-continue-career-with-promoted-stuttgart

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN