Malaysia tewas kepada Vietnam dalam perlawanan kedua kumpulan B. Ini adalah 5 topik yang kami gariskan daripada perlawanan tersebut.
1. Isu taktikal
Ia adalah masalah yang sangat ketara. Ong Kim Swee jelas masih gagal menemui apakah formasi dan taktikal terkuat mereka untuk membentuk identiti bola sepak.
Hampir setiap perlawanan berlaku perubahan formasi, taktikal dan kesebelasan utama yang dirombak dengan skala agak besar.
Daripada pemilihan kesebelasan utama sehinggalah ke masalah transisi dalam permainan, Malaysia kelihatan sebagai sebuah pasukan yang terlalu bergantung kepada aspek teknikal.
Dalam erti kata lain, kita bergantung kepada aksi individu pemain. Pasukan Vietnam tidak bermain bola sepak terbaik mereka. Itu diakui sendiri oleh kapten mereka pada temu ramah selepas perlawanan.
Namun mereka tetap cuba bermain bola sepak secara permainan kombinasi (combination play).
2. Khairul Fahmi Che Mat Cemerlang
Satu-satunya pemain yang konsisten dari minit pertama sehingga wisel penamat adalah penjaga gol veteran kita, Khairul Fahmi.
Pemain lain, ada masanya hilang, ada masanya menonjol.
Khairul Fahmi melakukan beberapa aksi menyelamat yang baik dan cukup tenang di kawasan beliau walaupun di hadapan beliau unit pertahanan agak tenggelam timbul.
3. Masalah Pertahanan
Malaysia banyak bermain dengan sistem 4-1-4-1. Masalah yang jelas adalah, kegagalan 2 pemain tengah untuk turun naik.
Ketika bertahan, pemain tengah bertahan kita ada ruang terlalu besar untuk dijaga tanpa ada bantuan yang segera daripada pemain tengah di atas beliau.
Kesannya, perlindungan ke atas bek berempat lemah.
Di barisan pertahanan, Malaysia bermasalah dalam menangani serangan dengan unit numerical Vietnam. Vietnam kerap mengisi penuh (overloading) bahagian serangan dengan pemain yang ramai.
Pertahanan Malaysia kerap melakukan clearances yang lemah dan agak pasif ketika bertahan.
Pasif yang dimaksudkan di sini adalah seperti tidak komited untuk melakukan blok ketika pemain lawan melakukan rembatan. Pemain cuma hulur kaki dan melindungi diri dari terkena bola di muka.
Gol Vietnam adalah kombinasi, clearance lemah, pintasan lemah, pertahanan pasif dan leka (ball watching).
4. Serangan Tumpul
Skuad kebangsaan kita memiliki beberapa peluang gol namun gagal disudahkan. Kualiti penyudah yang agak lemah.
Dalam perlawanan ini, Malaysia jelas pasukan yang lebih defensif. Oleh itu, ketajaman serangan balas amat penting untuk menghasilkan gol.
Seterusnya adalah terlalu direct dan mudah dijangka lawan (predictable). Seperti yang kami nyatakan di atas, Malaysia lebih bergantung kepada aspek teknikal berbanding dengan taktikal.
Dari segi kesegeraan (urgencies), ia agak lemah. Ong Kim Swee memberitahu wartawan selepas perlawanan, pemain mungkin kurang bertenaga bermain dalam cuaca panas dalam 2 perlawanan berturut-turut.
Isu lebih besar adalah corak serangan dan juga kreativiti di final third. Malaysia perlu meningkatkan lagi isu ini dalam masa yang sangat singkat.
5. Malaysia Lebih Sukar Berbanding Vietnam
Pada perlawanan terakhir, Malaysia akan menentang pasukan tuan rumah, Myanmar yang berada dalam landasan persaingan sekali lagi.
Ini selepas kemenangan mereka ke atas Kemboja hasil daripada kebangkitan selepas ketinggalan. Malaysia perlu menang. Ini kerana, jika seri kelebihan adalah milik Myanmar.
Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan Malaysia, namun secara realistiknya skuad negara kita tetap ada peluang untuk mara.
Sebagai rekod, 2 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan seri. Masing-masing hanya menang sekali dalam 5 perlawanan terakhir mereka dalam perlawanan ini.
Skuad Myanmar adalah berasaskan skuad Piala Dunia remaja mereka. Mereka mengekalkan ramai pemain muda mereka. Kejohanan ini adalah landasan untuk mereka membina skuad lebih stabil pada masa akan datang.
Baca juga : 8 Fakta Bola Sepak Yang Anda Dengar Seperti Betul Tetapi Sebenarnya Tipu