Wilmots Selar Courtois Sebagai Pembocor Taktikal Dan Talam Dua Muka

Bekas jurulatih Belgium Marc Wilmots baru-baru ini muncul sebagai tetamu dalam L’Equipe TV. Beliau membuat kenyataan panas ke atas Thibaut Courtois.

Ia dilihat sebagai respon kepada kenyataan Courtois minggu lalu yang melabel Wilmots sebagai jurulatih yang paling rendah kepakaran taktikal berbanding dengan Conte, Mourinho dan Simeone.

Anda boleh baca di dalam artikel kami sebelum ini berjudul :

Courtois Memberikan Hujah Kenapa Conte Lebih ‘Taktikal’ Berbanding Simeone Dan Mourinho

Wilmots dilantik menjadi pengurus Belgium 2012 selepas Dick Advocaat dipecat. Wilmots dipecat pada 2016 selepas persembahan hambar Belgium di Piala Eropah 2016.

Wilmots gagal memberikan kejuaraan major walaupun 2 edisi major dengan generasi emas Belgium.

Courtois Patut Dikenakan Tindakan!

Bercerita kepada wartawan L’Equipe Wilmots memberitahu ada pemain beliau yang menjadi duri dalam daging ketika beliau menjadi pengurus.

cout

“Saya terkejut, perancangan taktikal kami disiarkan dalam akhbar berbahasa Flemish. Kami mendapat tahu, akhbar tersebut mendapat informasi itu daripada ayah Courtois.”

“Saya secara jujur ketika itu saya rasa macam dah tak nak kisah lagi pasal taktikal pasukan. Saya kecewa dan beberapa nama pembelot keluar.”

“Adakah bapa Courtois mendapat maklumat itu daripada dia (Courtois)?”

“Mungkin! Dan saya berada dalam malapetaka.”

Wilmots menyatakan Courtois boleh dikenakan tindakan di atas kebocoran maklumat tersebut namun mereka tidak berbuat demikian.

Courtois Talam Dua Muka

Baru-baru ini, Courtois memuji Antonio Conte sebagai jurulatih yang paling ber’otak’ taktikal di antara pengurus-pengurus lain yang beliau pernah bermain dengan mereka.

Wilmots dengan sinis mendedahkan bagaimana penjaga gol Chelsea itu memperlekehkan taktikal Antonio Conte dan Itali pada Piala Eropah lalu.

“Dia mengejek dan mentertawakan taktikal Itali ketika kami sedang bersedia untuk menghadapi Itali pada perlawanan seterusnya.”

Akhirnya dalam perlawanan tersebut, Belgium dengan 2 gol berbalas kosong. Ia mengejutkan ramai pihak. Courtois kemudian tampil mengkritik taktikal Wilmots dan berkata pasukan mereka kurang kreativiti dalam taktik mereka.

Courtois kemudian mengkritik keputusan jurulatih Belgium. Courtois juga pernah bersemuka dengan Wilmots dan berkata:

“Awak nak kita bermain dengan sembilan pemain pertahanan seperti Itali?”

“Kata-kata itu sangat mengejutkann saya apabila seorang penjaga gol berkata begitu.”

Courtois mengakui pernah bertelagah dengan Wilmots kepada Daily Mirror pada Piala Eropah lalu dan mengakui tidak menggemari taktikal Wilmots.

cut

Daripada pasukan yang digelar ‘Dark Horses’ mereka telah menjadi pesaing yang sebenar dalam 2 edisi major. Namun kelompok-kelompok pemain berbakat Belgium ini gagal menterjemahkannya setakat ini.

Baca juga : ‘The Godfather’ Dan Revolusi 3-4-3 Luar Biasa Di Chelsea

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN