3 Bekas Pemain Bola Sepak Tampil Mendedahkan Perangai Iblis Pedofil Bersiri Barry Bennell

Siapakah Barry Bennel?

Barry Bennell (gambar) adalah pesalah sesksual pedofil bersiri yang pernah bekerja dengan Crewe Alexandria. Beliau adalah jurulatih bola sepak dan juga seorang penjejak bakat muda.

Beliau pernah menjadi jurulatih Manchester City dan juga ahli scouts Stoke City. Beliau aktif menyalurkan bakat untuk kelab-kelab di sekitar Derbyshire, Staffordshire, Cheshire dan Manchester.

bennell

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun oleh Mahkamah Chester Court pada 1998.

Ia selepas beliau didapati bersalah dengan hasil daripada 23 bukti sampel spesimen berkaitan dengan serangan seksual beliau ke atas budak-budak dari tahun 1978 sehingga 1992.

Kebanyakan Mangsa beliau adalah pemain bola sepak kanak-kanak termasuk meliwat mereka.

Selepas dibebaskan pada 2005, pada 2015 beliau dipenjarakan sekali lagi kerana disabitkan dengan serangan seksual ke atas seorang pemain 12 tahun Macclesfield. Kesalahan dilakukan di atas padang bola sepak Macclesfield.

Pengakuan Andy Woodward

Andy Woodward, bekas pemain bola sepak profesional, keluar daripada ‘annoymity’ (minta disembunyikan identiti) sebelum ini untuk mendedahkan kesengsaraan beliau kerana kerakusan Bennell.

Bekas pemain pertahanan Sheffield United ini baru baru ini menceritakan bagaimana beliau dirogol berkali-kali oleh bekas jurulatih beliau dalam 4 musim pertama beliau di sana.

3aa6c55f00000578-3961434-andy_woodward_has_revealed_he_has_been_contacted_by_several_form-a-1_1479836154990

Woodward berkata:

“Ia sangat sengsara. Sehinggakan saya pernah hampir-hampir membunuh diri. Saya juga berhadapan dengan masalah serangan panik.”

“Setelah berkali-kali dicabul dan dirogol, saya terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan sukan yang saya sangat cintai ini pada usia 29 tahun.”

“Hidup saya dimusnahkan. Saya tertanya-tanya, berapa ramai lagi diluar sana yang menghadapi masalah yang sama?”

crewe

“Kami ada melihat keberanian Jimmy Savile dalam menentang penindasan, namun dalam dunia bola sepak ia lebih sukar untuk bersuara.”

“Baru hari ini, pada usia 43, barulah saya rasa boleh hidup tanpa perlu berahsia lagi.”

“Saya ingin masyarakat di luar sana tahu akan hal ini. Saya menyeru agar lebih ramai orang di luar sana yang pernah menjadi mangsa penderaan seksual sepert ini berani tampil.”

Sejak Woodward memberitahu kisah beliau kepada The Guardian, seorang lagi bekas mangsa penderaan seksual serupa.

Beliau adalah bekas rakan sepasukan Woodward, Steve Walters (gambar) yang kemudiannya tampil berkongsi sejarah hitam beliau dengan The Guardian.

Steve Walters - sumber gambar: Daily Mail
Steve Walters – sumber gambar: Daily Mail

Steve Walters berkata, beliau menjadi mangsa Bennell ketika berusian 12 tahun sehingga 14 tahun. Walters antara bakat muda berbakat besar dalam skuad Crewe Alexander.

Beliau menjadi pemain paling muda yang pernah membuat debut dengan pasukan senior mereka pada usia 16 tahun 119 hari.

FA England memuji keberanian Woodward dan kini ada 6 orang lagi mahu tampil berkongsi tentang masalah tersebut.

Pengakuan Paul Stewart

Paul Stewart antara yang baru sahaja tampil untuk membuat pengakuan tentang gejala seksual ini kepada The Guardian.

Paul Steward - foto: The Guardian
Paul Steward – foto: The Guardian

Bekas pemain Tottenham, Liverpool dan Manchester City Paul Stewart mengakui, Paul Bennell adalah jurulatih yang menjadikan beliau pemain bintang.

Namun begitu, di sebalik semua itu terselit sejarah hitam yang memberikan kesan trauma mental yang mendalam. Bennell telah menjadikan Stewart sebagai hamba seks.

Stewart berkata :

“Satu hari, ketika perjalanan di dalam kereta, dia mulai meraba saya. Dia membuatkan saya sangat takut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.”

“Saya cuba untuk memberitahu ibu bapa saya supaya dia ke dalam (penjara) namun saya hanya berusia 11 tahun,”

“Sejak itu, dia semakin galak menyalahgunakan saya sebagai alat seks. Dia mengugut akan membunuh ibu, ayah, dan dua adik-beradik saya jika saya menceritakan hal itu.”

“Dan pada usia 11 tahun, saya takut dan percaya dia akan berbuat begitu.”

“Pada masa itu dia bertanya: ‘Ada tak yang nak memandu kereta?’. Dia mulai meletakkan sebelah kaki dia di stereng dan mulai meraba saya. Itulah yang berlaku ketika pertama kali dia mula mencabul saya. ”

“Luka teruk pada mental ini membawa saya kepada masalah-masalah lain seperti alkohol dan dadah. Hari demi hari penderaan seksual itu semakin teruk.”

“Anda tidak akan percaya berapa banyak kali saya hampir membunuh diri, walaupun ketika saya menikmati kemuncak karier saya bermain dengan Spurs dan dipanggil mewakili England.”

“Perasaan dan trauma itu tidak pernah hilang.”

“Bertahun-tahun saya bertanya kepada diri saya: ‘Kenapa saya tidak memberitahu sesiapa?'”

“Ia kerana stigma daripada masyarakat ke atas masalah ini. Seorang kanak-kanak itu boleh dipulaukan oleh rakan-rakan dan sukar untuk keluarga mempercayainya.”

“Kadang-kadang mereka akan percaya lebih percaya kepada orang dewasa berbanding dengan kanak-kanak.”

“Saya pasti masih ada pemain (di luar sana)… yang telah berjuang melalui kehidupan seperti ini. Saya mahu mereka tahu bahawa mereka tidak bersendirian dan tidak harus malu.”

“Dan mudah-mudahan mereka boleh melakukan sesuatu sekiranya mereka masih ada di luar sana.”

Baca juga :
Kerana Tak Cukup Ruang, Padang Bola Sepak Di Thailand Berbentuk Pelik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN