Kerana Tak Cukup Ruang, Padang Bola Sepak Di Thailand Berbentuk Pelik

Kita semua tahu walaupun kita mahukan setiap tempat mempunyai padang bola sepak yang lengkap dan baik, kita tetap perlu utama perkara lain yang lebih penting untuk tempat tersebut.

Sebagai contoh pembinaan tempat untuk rumah-rumah, sekolah ataupun hospital.

Namun begitu, ada juga pihak yang ‘berdegil’ tetap mahukan padang bola sepak dibina di kawasan mereka walaupun sudah tiada ruang yang cukup untuk membina satu padang bola sepak yang elok.

Maka terhasilah padang bola sepak berbentuk pelik!

Bentuk simetri

Di sebuah kawasan yang bernama Khlong Toei yang terletak di Bangkok, Thailand. Terdapat beberapa buah padang bola sepak yang direka dengan bentuk yang lain dari bentuk padang bola sepak yang asal.

Padang bola sepak di kawasan tersebut dibina dalam bentuk semetri ini dibina kerana terdapat banyak ruang yang berbentuk sedemikian di tempat tersebut.

Padang bola sepak itu kemudiannya dicat dengan warna merah batu bata serta garisannya pula dicat dengan warna kelabu.

1810-1

 

Lebih menarik, setiap padang tersebut mempunyai sedikit corak untuk menjadikannya lebih menarik.

Setiap padang di kawasan tersebut mempunyai pelbagai jenis bentuk semetri. Hal ini kerana bentuk padang tersebut bergantung kepada keluasan dan bentuk ruang tersebut.

Walaupun begitu, setiap padang bola sepak simetri tersebut mempunyai ukuran yang sama. Ini dapat memberikan ruang yang sama rata untuk kedua-dua pasukan ketika bermain walaupun mempunyai bentuk padang yang agak ‘pelik’.

Inisiatif sosial

Kesemua padang bola sepak simetri ini dibina oleh hasil daripada kempen yang dijalankan iaitu Projek Padang Bola Sepak ‘Pelik’ (Unusual Football Field Project).

Projek ini dilakukan bertujuan untuk memaksimakan penggunaan ruang yang ada dikawasan tersebut dengan sebaiknya.

“Kami berharap agar komuniti disini dapat menerima idea ini dan membiasakan diri dengan padang bola sepak berbentuk pelik ini.”

“Selain dapat memaksimakan penggunaan ruang yang ada, ia juga dapat membentuk kreativiti pereka untuk menggunakan ruang yang sempit.”

1822-1

Selain itu juga, punca mengapa kempen ini diwujudkan adalah kerana ingin membina padang bola sepak di kawasan Khlong Toei merupakan kawasan yang amat padat dengan penduduk serta rumah-rumah.

Secara amnya, Khlong Toei yang merupakan salah satu daerah di bandar Bangkok merupakan sebahagian kecil daripada penyumbang kepada kepadatan ibu negara Thailand itu yang mempunyai 8 juta penduduk.

Bangkok menjadi bandar kalis penduduk sederhana dan miskin apabila lambakan pembinaan pusat membeli belah dan kawasan perumahan mewah sedikit demi sedikit menghapuskan kawasan tempat tinggal mereka.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Liga Thailand 2016 Dihentikan! Muangthong United Ditabal Juara, Ada Pasukan Tidak Puas Hati

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN