Pasukan tanpa pemain import, Petaling Jaya City FC (PJ City FC) adalah pasukan terawal mengumumkan skuad lengkap untuk saingan Liga Super musim 2021.
Setelah senarai pemain diumumkan PJ City, menjadi persoalan kini, siapa yang akan mengetuai benteng pertahanan iaitu di bek tengah? Selalunya, posisi ini akan dikemudi oleh seorang pemain import dan tempatan. Dan adakalanya, pasukan seperti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), mereka pernah meletak dua pemain import di situ.
Dalam senarai yang diumumkan, PJ City sah akan menggunakan kudrat tempatan pada musim hadapan. Beberapa pemain yang masih boleh dianggap bagus di Liga Malaysia dilihat berada dalam pasukan antaranya K. Gurusamy, R. Kogileswaran, Faiz Mazlan, Mahalli Jasuli, Khairil Anuar Ahmad Zamri dan Khyril Muhymeen.
2021 Full Squad!
It’s going to be hard, but hard does not mean impossible. Go Phoenix!
💙⚽#PJCFC #ThePhoenix #QI #Qnet #ActiveSports #Puma #TouchTronics #LittleCaterer #PetalingJaya #YakiniLokal pic.twitter.com/WUgSjT8Npk— PJ City FC (@pjcityfc) January 18, 2021
Siapa pemain pertahanan?
Dalam senarai yang diumumkan itu, 10 pemain merupakan pemain pertahanan. Hanya Jeremy Lim tidak dapat dipastikan posisi sebenarnya dengan sepanjang musim lalu beliau langsung tidak membuat sebarang penampilan bersama pasukan.
Benarkah sesetengah dakwaan mengatakan PJ City tidak menyenaraikan bek tengah? Rasanya mungkin ada kesilapan terhadap kenyataan itu. Kekurangan peluang untuk tampil sebagai pemain utama menyebabkan mereka kurang dikenali.
Dapat dilihat Tamil Maran dan Raffi Nagoorgani telah disenaraikan. Kedua-dua pemain itu merupakan pemain baharu di PJ City dan mungkin Raffi Nagoorgani dilihat lebih berpengalaman dari segi usia dan telah tampil beraksi lebih banyak bersama beberapa pasukan seperti Perak FC, PKNP FC, FELDA United dan Penang FC.
Tamil Maran merupakan produk Selangor FC dan baru berusia 23 tahun. Beliau hanya tampil lima kali selepas memecah masuk ke skuad utama pada musim 2017. Sementara Raffi Nagoorgani pula adalah produk Perak FC yang banyak membuat penampilan ketika beraksi di PKNP FC (kini Perak II) dan FELDA United.
Kesebelasan #RedGiants malam ini dgn Tamil Maran, 20 & Amirul Ashraf, 19 tampil buat kali pertama utk skuad utama #PPvSEL pic.twitter.com/JHUWl1ONtD
— Selangor FC (@selangorfc) October 28, 2017
Cukupkah hanya dua bek tengah?
Tentunya tidak cukup untuk mengharungi musim yang panjang. Namun, tidak dapat dipastikan lagi bagaimana perjalanan Liga Malaysia setakat ini dengan pandemik COVID-19 tampak masih merebak di seluruh negara. Adakah perjalanan liga akan dipendekkan? Setakat ini, hanya Piala FA telah diumumkan tidak akan dilangsung.
Pada musim 2020, liga hanya dilangsungkan separuh iaitu 11 perlawanan sahaja dan kejohanan Piala Malaysia hanya sempat berlangsung di pusingan 16 terbaik.
Jadi, adakah dua pemain cukup? Ianya tetap tidak cukup sekiranya apa-apa berlaku kepada mereka berdua, sama ada melalui penggantungan ataupun kecederaan. Walaubagaimanapun, rasanya pengendali, P. Maniam ada caranya tersendiri.
Pemain veteran yang merupakan bekas pemain skuad kebangsaan, S. Subramaniam boleh beraksi di posisi bek tengah selain bek kanan. Beliau kembali ke PJ City selepas semusim berkelana ke Kuala Lumpur United. Pengalamannya dan juga sebagai bekas pemain PJ City, beliau boleh memainkan peranan penting di posisi tersebut.
S. Subramaniam has joined Kuala Lumpur. He did state that he would join the Premier League team, but was still worried over the AGM status. Now that is done, he has confirmed his move via social media. #MSL2020 pic.twitter.com/IitKjyp0rw
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 11, 2019
Posisi kritikal yang perlukan pengalaman
Untuk beraksi menentang pasukan yang menyenaraikan penyerang import, pertahanan tengah adalah posisi yang penting dan kritikal yang perlu difikirkan oleh P. Maniam. Dan tentunya pemain tersebut perlu memiliki kepimpinan dan pengaruh di kalangan rakan sepasukan dan mungkin Subramaniam bakal dimanfaatkan.
Pengalaman Subramaniam dalam saingan Liga Malaysia tak terbanding dengan Tamil Maran mahupun Raffi Nagoorgani. Dengan usia dan pengalamannya, beliau mudah untuk mendapat sokongan dan pengaruh di kalangan rakan sepasukan.
Jika dilihat kepada sejarah corak permainan yang diterapkan oleh bekas pengendali Selangor itu, beliau gemar menggunakan formasi 3-4-3 ketika memimpin Selangor dan mengelak tersingkir daripada Liga Super apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-6, walaupun melalui pelbagai masalah seperti penghijrahan pemain utama.
Formasi ini memerlukan dua pemain bek sayap yang bagus sebagaimana yang beliau miliki di Selangor ketika itu iaitu Syahmi Safari dan Raimi Mohd Nor.
Dengan Subramaniam dijangka akan mengukuhkan bek tengah bersama Tamil Maran dan Raffi Nagoorgani, posisi bek sayap masih memiliki pemain-pemain lain seperti Filemon Anyie, P. Rajes, K. Prabakaran, D. Kugan, K. Kannan dan bekas pemain skuad B-19 negara di saingan kejohanan AFC B-19 2018, Nabil Hakim Bokhari.
KREDIT FEATURED IMAGE: BERNAMA
Baca lagi artikel lain mengenai PJ City dan P. Maniam:
Falsafah Taktikal Dan Fungsi Pivot Dalam 3-4-3 Selangor Berdasarkan Koridor & Zon
Sebab PJ City FC Utamakan Khidmat P. Maniam Untuk Musim Hadapan
P. Maniam Bangga Dengan Para Pemain B-15 Selepas Menewaskan Australia 3-0