Gurusamy Percaya ‘Skuad Tempatan’ PJ City Sedia Beri Cabaran

K. Gurusamy PJ City FC 2020

Seperti yang diketahui, PJ City FC akan menggunakan sepenuhnya kudrat pemain tempatan dan pemain tengah, K. Gurusamy percaya akan kemampuan mereka.

Presiden PJ City, Datuk Seri Subahan Kamal telah memaklumkan mengenainya sebelum ini dan mereka akan lebih memberikan fokus dalam membentuk pemain muda untuk bersama pemain berpengalaman dalam saingan Liga Super.

The Phoenix telah membawa masuk sebilangan besar pemain-pemain tempatan baharu dalam usaha merealisasikan perkara tersebut. Ada dikalangan mereka merupakan pemain yang memiliki pengalaman luas dalam liga tempatan.

Antara pemain-pemain baharu yang bakal membawa impian besar pasukan ini musim depan adalah pemain kacukan, Darren Lok, Tamil Maran, Raffi Nagoorgani, K. Prabakaran, Khairil Anuar Zambri, Faiz Mazlan, Syahmi Zamri dan Khyril Muhymeen.

Selain itu, antara pemain-pemain tonggak yang dikekalkan pada musim hadapan adalah penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz, R. Kogileswaran dan Mahalli Jasuli.

PJ City bakal dikemudi oleh bekas pengendali Selangor satu ketika dahulu, P. Maniam yang sudah diketahui kemampuannya mengadun pemain muda dan lama.

Bercakap kepada The Star, Gurusamy menegaskan yang beliau tiada masalah dengan pasukan yang menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan. Beliau mengambil contoh bagaimana beliau pernah bersama skuad Harimau Muda bersaing menentang pasukan bagus yang menggunakan pemain-pemain import dahulu.

Gurusamy pernah beraksi bersama Harimau Muda di Liga Premier musim 2008 hingga 2011, selain pernah berkelana ke Liga Slovakia dan Australia satu ketika dahulu.

Katanya, “Ketika saya bermain bersama Harimau Muda, kami dibarisi oleh pemain-pemain tempatan dan menghadapi pasukan-pasukan yang lebih bagus. Ia adalah satu cabaran besar, tetapi ia tidak menggentarkan kami semua pada ketika itu.”

“Segalanya tidak mustahil pada ketika itu dan dengan PJ City, kami semua sangat percaya kami mampu melakukannya dengan baik,” jelas Gurusamy lanjut.

Menurutnya, inilah masanya buat pemain-pemain tempatan menyinar apabila semua posisi yang biasanya akan diisi oleh pemain import, sudah diberikan sepenuhnya kepada pemain tempatan. Katanya, “Kami masih ada kualiti, tiada keraguannya.”

KREDIT FEATURED IMAGE: 

Baca lagi artikel lain mengenai K. Gurusamy dan PJ City FC:

Sebab PJ City FC Utamakan Khidmat P. Maniam Untuk Musim Hadapan

‘Alumni Harimau Muda’ Sokong Pembentukan Skuad Projek FAM-MSN

PJ City FC Giat Usaha Tambah Bilangan Penyokong

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN