Kelab yang pernah menjadi ‘rumah’ kepada ramai lagenda pada suatu ketika dahulu iaitu Portsmouth kini berjaya untuk naik ke Leaague 1 untuk musim hadapan.
Sebagai info, League 1 adalah tingkat ke-3 teratas dalam bola sepak England di bawah EPL dan Liga Championship.
Mereka mara selepas mereka menang 1-3 ke atas Notts County. Ianya adalah kemenangan ke-7 dalam 9 perlawanan terakhir mereka.
Full Time: Notts County 1 #Pompey 3 – we are going up!
— Portsmouth FC (@Pompey) April 17, 2017
Gareth Evans meletakkan mereka di hadapan menerusi sepakan penalti. County menyamakan kedudukan pada separuh kedua, menerusi Jorge Grant.
Jamal Lowe kembali meletakkan Pompey dengan 2 gol selepas itu. Gol minit ke-90 Lowe disambut dengan girang gemilang oleh penyokong pelawat.
Jatuh dan bangun Pompey
Tiga penyingkiran dalam empat musim menyaksikan Pompey jatuh dari Liga Perdana Inggeris sehingga ke League Two dari tahun 2010 dan 2013.
Portsmouth pernah memenangi Piala FA terakhir mereka pada 2008, dengan nama-nama seperti David James, Sol Campbell, Glen Johnson, Lassana Diarra, Sulley Muntari, Niko Kranjcar dan Kanu di dalam pasukan mereka.
Mereka turut menamatkan EPL di tanggak ke-8 pada musim yang sama.
Di bawah pengurusan Paul Hart, dan kemudian Avram Grant, Pompey tersingkir dari Liga Perdana Inggeris pada tahun 2010. Mereka turut dipotong 9 mata kerana salah laku dalam pengurusan.
Ini yang membuatkan mereka terus diumumkan pasukan awal yang akan tersingkir pada musim tersebut.
Mereka dikenakan pemotongan 10 mata pada tahun 2012 atas sebab yang sama, yang menyaksikan mereka tersingkir ke League 1.
Pada bulan April 2013, tidak lama sebelum tersingkir ke divisyen bawah, Pompey telah diambil alih oleh Yayasan Penyokong.
Bangkit semula di bawah Paul Cook
Selepas menamatkan liga di tangga ke-13 dan ke-16 dalam League Two, Paul Cook telah dilantik sebagai pengurus baru mereka.
Cook berjaya membawa kelab itu ke tangga keenam dalam pusingan pertama liga musim lalu namun ditewaskan oleh Plymouth di separuh akhir play-off.
Tetapi dengan kemenangan ke-23 musim ini, mereka akhirnya naik ke League 1. Ia menjadi asas penting untuk mereka terus mengorak langkah ke Liga Championship dan seterusnya ke EPL pada suatu hari nanti.
Sebuah lagi pasukan yang berjaya mememangi promosi automatik ke League 1 adalah Plymouth Argyle yang menang besar 6-1 ke atas Newport County.
Baca juga: FAM Ingatkan Pemain Supaya Jaga Tingkah Laku Di Dalam & Luar Padang