5 Sebab Pemain Tengah Pertahanan Sangat Penting Dalam Taktikal

Pemain tengah pertahanan adalah defensive midfielder. Mereka adalah pivot di dalam sesebuah pasukan.

Peranan ini sentiasa kurang diceritakan ataupun liputan berbanding denga posisi lain. Posisi yang paling sukar untuk mendapat pemain terbaik perlawanan.

Kami senaraikan 5 sebab kenapa posisi pemain tengah pertahanan sangat penting di dalam taktikal sesbeuah pasukan.

1. Mengelakkan ruang besar di antara bahagian tengah dan pertahanan

Ruang besar (gap) di antara 2 garisan melibatkan garisan pertahanan dan garisan tengah harus dikurangkan.

Jika tidak, ia akan dieksploitasi oleh pihak lawan. Tugas untuk menjaga ruang ini bukan sahaja dilakukan secara selari oleh garisan pertahanan berempat ataupun rantaian berlima.

Sebaliknya tugas itu juga penting perlu dikuasai oleh seorang defensive midfielder. Tugas seorang pemIn tengah pertahanan adalah seperti seorang peronda di hadapan garisan pertahanan.

Antara sebab John Terry mendapat semula prestasi terbaik pada 2014/15 adalah kerana efektifnya peranana Matic.

2. Mengawal zon 14 pihak lawan

Kami selalu gelar ia, mengawal zon 14 pihak lawan ataupun zon no.5 pasukan. Zon itu adalah menjadi pusat kreativiti dalam bola sepak moden.

Antara pemain yang paling sukar dihentikan adalah pemain no.10 pihak lawan ataupun pemain serangan separa ruang (inside forward) serta pemain sayap songsang yang suka melakukan pintasan masuk (cut inside) ke dalam zon 14.

Oleh itu seorang pemain tengah pertahanan perlu untuk memiliki kecerdasan (intelligence) dalam kawalan ruang dan posisi di dalam padang.

Jadi, mereka antara pemain yang perlu cuba memastikan pemain kreatif lawan tidak mencipta ruang di hub kreatif tersebut. Tugas yang dipanggil destroying dalam bahasa universalnya.

Anda pasti masih ingat aksi Rabiot ketika mengekang Messi dalam kemenangan 4-0 PSG ke atas Barcelona dalam UCL musim ini.

3. Merancang (playmaking) dan larian taktikal lewat dari belakang (late runs from deep)

Selain daripada fokus kepada tugas bertahan dan mengawal ruang di hadapan garisan pertahanan. Pemain tengah pertahanan juga perlu menjadi perancang dari belakang.

Anda pasti ingat dalam sidang media Antonio Conte pada November lalu dia menggariskan N’golo Kante perlu memperbaiki aspek hantaran beliau.

Kante terlalu banyak hantaran ke sisi dan sangat lemah dalam hantaran pembuka ruang (unlocking pasess). Antara aspek yang banyak diperbaiki Kante musim ini adalah hantaran menegak ataupun vertikal.

Walaupun pemain no.6 dalam pasukan adalah pemain perancang dari belakang (deep lying playmaker) mereka tetap serius dalam isu bertahan.

Pada masa yang sama pemain seperti Pirlo, Xabi Alonso dan Carrick antara yang memberikan dimensi baru kepada corak permainan defensive midfielder.

Menjadikan posisi ini mulai menarik perhatian ramai pihak berbanding dengan sebelum ini cuma digelar pemusnah gerakan lawan dan juga bermain keras di tengah.

Pemain jenis ini mulai memberikan cara bermain dari posisi tersebut dengan mengawal tempo dengan lebih berkesan. Lebih selesa dengan bola di kaki.

Lebih banyak melancarkan hantaran kunci dari belakang. Kualiti hantaran ini penting kerana mereka tidak mampu untuk bergerak laju.

Pada masa yang sama mereka tetap mampu untuk sampai di luar kotak penalti lawan dengan gerakan taktikal yang berkesan.

4. Mengawal ruang ditinggalkan bek sisi atau bek sayap

Dalam taktikal moden anda kerap melihat pemain bek sisi sebagai pemain utama yang akan membekalkan lebar (width) kepada pasukan.

Pemain bek sayap memang aktif untuk melakukan serangan. Jadi, ruang di belakang mereka kalau tidak dikawal akan menjadi titik ancaman utama.

Ini yang dilakukan Matic dan Kante dalam formasi 3-4-3 Chelsea musim ini. Ini tidak bermaksud mereka perlu untuk berada di posisi bek sisi ataupun bek sayap.

Sebaliknya mereka perlu memastika mereka mengawal ruang di half-space dengan berkesan ataupun melakukan recovery runs.

5. Menjadi asas penting dalam taktikal

Ini sangat penting dalam taktikal yang memerlukan penguasaan bola. Dalam tiki taka misalnya, anda akan dapati Sergio Busquet sebagai pemain penting.

Vicente Del Bosque pernah berkata:

“Jika anda menonton perlawanan sahaja, anda tidak akan nampak Busquet. Jika anda menonton Busquet sahaja anda akan melihat keseluruhan permainan.”

Dalam kekalahan Barcelona baru-baru ini, jelas sekali Barcelona hilang asas penting di peranan no.6. Mereka tidak ada pemain yang membekalkan hantaran-hantaran yang tajam untuk taktikal mereka.

Perkara yang sama dilakukan Joe Allen dalam pendekatan mini tiki taka Swansea di bawah Brendan Rodgers.

Namun kami nasihatkan, jangan blei mereka di dalam pasukan Fantasi anda kerana aspek seperti ini tidak akan memberikan anda mata yang banyak.

Di dunia nyata pun mereka kerap digelar wira tak didendang.

Baca juga: Kriteria Asas Dan Fungsi Pemain Tengah Pertahanan Dalam Pasukan Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN