Alonso: “Guardiola Memilih Busquet Berbanding Saya, Ia Keputusan Tepat!”

Xabi Alonso memberitahu El Pais, Pep Guardiola pernah mahukan beliau di Barcelona tetapi kemudian Guardiola memilih Busquet.

Xabi Alonso hampir menyertai Barcelona pada hari dia disenaraikan Liverpool untuk dijual pada 2008.

Namun Alonso kekal di Anfield untuk satu musim lagi selepas gagal menemui pembeli yang mampu memenuhi tag harga diletakkan Rafa Benitez.

Alonso meninggalkan Liverpool ke Madrid pada tahun 2009. Ia satu pemergian yang sangat sukar diterima selepas Alonso hampir membantu Liverpool menang EPL.

Di Real Madrid Alonso telah memenangi La Liga, Liga Juara-Juara, Copa del Rey dan Supercopa de Espana sebelum bekerjasaman dengan Pep Guardiola di Bayern Munich lima tahun kemudian.

Alonso mendedahkan, pada hari dia diberitahu dia akan dijual pada 2008, Pep Guardiola terus menghubungi beliau.

Guardiola memberitahu Alonso bahawa beliau sangat sesuai dengan sistem bola sepak yang mahu ditanam Pep Guardiola dalam skuad Barcelona iaitu tiki-taka.

Namun Pep Guardiola kemudian melihat potensi yang ada pada Busquet. Lalu beliau memutuskan untuk tidak mendapatkan Xabi Alonso yang agak mahal ketika itu.

Alonso berkata:

“Ia berlaku sebelum saya menyertai Real Madrid. Rafa Benitez ketika itu memberitahu saya bahawa mereka mahu menjual saya. Pep terus menunjukkan minat dan mengikuti perkembangan saya.”

“Dia mahu mendapatkan saya kerana dia sendiri bercakap kepada kepada Rafa, saya adalah jenis pemain yang akan melengkapi model taktikal beliau.”

“Tetapi dia mempunyai keraguan kerana Busquets menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan mempunyai bakat untuk menjadi pemain yang hebat.”

“Guardiola memilih dia berbanding dengan saya, dan ia adalah pilihan yang tepat.”

Alonso juga menceritakan beliau juga mendengar banyak spekulasi tentang sebab beliau meninggalkan Real Madrid selepas menjuarai La Decima.

Alonso dituduh tidak selesa dengan beberapa pihak dan mahu melarikan diri daripada ketidakselesaan itu.

Alonso menafikan spekulasi itu dan menganggap dia sentiasa ada kenangan indah di Madrid. Beliau sendiri tidak sabar-sabar untuk kembali ke Bernabeu dalam perlawanan UCL minggu ini.

Alonso menjawab:

“Saya tidak melarikan diri. Saya tidak melarikan diri dari apa-apa. Ia tiada kaitan langsung dengan isu tidak selesa di Madrid.”

“Saya telah berada di Real Madrid selama lima tahun, memenangi Liga Juara-Juara.”

“Saya terpaksa membuat keputusan sukar sama ada saya mahu mencuba bermain bola sepak di negara lain atau bersara di Madrid.

“Keputusan muktamad saya dibuat agak cepat kerana Pep Guardiola benar-benar mahukan saya di Bayern dan saya mengambil satu keputusan yang amat sukar dengan meninggalkan Madrid secara sukarela.”

“Banyak yang telah diperkatakan dan ditulis mengenai pemergian saya, tetapi yang benar adalah agak mudah. ​​Saya mahu mencabar diri saya di negara lain sebelum bersara.”

“Anda perlu tahu bila untuk mengucapkan selamat tinggal. Dan saya sentiasa cuba untuk pergi pada masa yang betul.”

Baca juga: Roman Burki Mengaku Masih Trauma Diserang Pengganas, Anggap UEFA Cuma Pentingkan Wang

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN