Quantcast
Popov: Perginya Jurulatih 'Yang Betul', Terpaksa Tinggalkan Kota Bharu Demi Keluarga
KAJIAN & FAKTA

Popov: Perginya Jurulatih 'Yang Betul', Terpaksa Tinggalkan Kota Bharu Demi Keluarga

Monday, 24 Oct 2016

Velizar Popov jelas seorang jurulatih yang sudah memenangi hati para penyokong Kelantan. Namun sayangnya beliau sah akan berpisah dengan Kelantan setelah kontrak beliau tamat musim ini.

Ia disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerusi akaun facebook Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan Popov terpaksa menolak perjanjian baru yang lebih lumayan kerana alasan keluarga.

Velizar Popov berjaya menepati sasaran yang diletakkan oleh KAFA untuk mengakhiri Liga Super di kelompok 4 teratas setelah aksi hambar awal musim di bawah kendalian K. Devan.

Statistik Kemenangan

Popov membuktikan beliau adalah jurulatih yang betul untuk Kelantan. Dalam suasana yang penuh dengan krisis kecederaan dan juga masalah emosi pemain Popov masih merekodkan kadar kemenangan per perlawanan yang tinggi.

Berdasarkan Statisik, Popov cemerlang dengan berbanding dengan 3 pengendali beliau sebelum ini.

Popov K.Devan Zahasmi(Interim) Azraai
Menang/Perlawanan 0.45 0.25 0.38 0.25
Gol/perlawanan 1.45 1.42 2.06 1.25
Bolos/perlawanan 1.35 1.58 1.63 1.58

Namun, Popov jelas memiliki masalah dengan penyerang menjelang akhir musim ini. Statistik ketajaman di depan gol jelas milik Zahasmi tetapi pada ketika itu Kelantan terlebih penyerang import dengan 3 import no.9.

Taktikal

Sesuatu yang kita pasti ingati adalah cara Popov menguruskan taktikal di dalam perlawanan. Beliau gemar menggunakan 4-3-3 dan juga 3-5-2 yang dinamik.

Namun Popov harus akur dengan 3-5-2 beliau kerana terlalu sederhana kefahaman pemain-pemain Kelantan ke atas sistem dinamik 3-5-2. Ia bukan 3-5-2 klasik.

Ketika inilah nama-nama seperti Brendan Gan dan Mohd Qayyum meningkat naik dalam sistem yang memberikan mereka peranan yang betul. Pemain seperti Muslim Ahmad dan Wan Zack Haikal turut meningkatkan permainan mereka.

Kredit gambar : asiana.my

Kredit gambar : asiana.my

Brendan Gan sebelum ini banyak dimainkan di posisi paling bawah dalam organisasi tengah. Ketika Popov mengambil alih, Gan mendapat peranan yang lebih box to box dan lebih semulajadi untuk beliau. Sayangnya Gan dilanda kecederaan serius selepas itu.

Di bahagian pertahanan Popov agak sukar selepas kecederaan Jonathan McKain. Dalam sistem yang dinamik, Popov tidak memiliki pemain-pemain yang benar benar bertenaga untuk menggerakkan taktikal beliau.

Di bahagian serangan pula, pemain seperti Illijoski tidak konsisten menjadi penjaring gol sepertimana beliau lakukan pada petengahan musim.

Berdasarkan beberapa analisis perlawanan kami, dapatlah dirumuskan Popov adalah jurulatih yang mahukan bola sepak yang dimainkan secara cergas dan cerdas dalam organisasi bertaktikal.

Fakta Pencapaian

Selepas Popov mengambil alih, Kelantan tidak pernah tewas lebih daripada 2 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Popov juga hanya memiliki 3 perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan berbanding dengan 5 oleh K. Devan serta masing masing 4 oleh Zahasmi dan Azraai Khor.

Popov hanya tewas 5 kali daripada 20 perlawanan pertama beliau di Kelantan. Ini bermakna kadar kekalahan per perlawanan Popov (0.25) adalah terendah berbanding dengan K. Devan (0.5), Zahasmi (0.38) dan Azraai Khor (0.58).

Bak kata orang statistik tidak menipu!

Keghairahan

Siapa akan lupa aksi Popov di kawasan teknikal sehingga pada satu ketika beliau tidak sedar yang beliau berada di dalam padang.

Terkenal dengan sikap agresif dan aktif, Popov boleh diibaratkan seperti Conte dan Jurgen Klopp setiap kali pasukan Kelantan menjaringkan gol kemenangan.

Memang setiap jurulatih ada personaliti yang berbeza di tepi padang. Misalnya Mario Gomez dan Irfan Bakti lebih tenang.

Namun keghairahan Popov ini diibaratkan satu penyeri oleh peminat Kelantan yang sepanjang musim ini dilanda pelbagai publisiti negatif sejak dari awal musim.

Kesimpulan

Kami berpendapat Kelantan sudah menemui jurulatih yang betul namun apakan daya dek kerana beberapa kesulitan KAFA terpaksa menerima pemergian Popov walaupun mereka sudah mencuba untuk mengekalkan beliau.

vp

Ini kerana, Popov berjaya melakukan tugas dengan baik walaupun mengambil alih di pertengahan musim dengan suasana yang sangat baru bagi beliau iaitu Liga Malaysia.

Beliau agak terhad untuk mengenali pemain-pemain Kelantan dan juga pasukan lawan dalam persediaan perlawanan.

Jadi, KAFA kini perlu mencari pengganti jurulatih berkualti ini secepat mungkin untuk memastikan persediaan pra-musim 2017 mereka berjalan lancar.

Siapakah rasanya akan menggantikan Popov?

Peluang terakhir dapatkan jersi original Selangor

Bercakap tentang bola sepak tempatan, anda juga boleh memberikan sokongan kepada skuad Selangor yang akan berentap dalam final Piala Malaysia 2016 dengan membeli jersi original mereka.

sel

Kami mahu memberikan anda peluang terakhir untuk memiliki jersi original Selangor; kali ini dengan hanya RM90!

Anda boleh membeli ketiga-tiga jersi Selangor ini di https://thesbx.com/

Baca juga :  5 Calon Jurulatih Yang Berpotensi Menjadi Pengendali Tetatp Selangir Musim 2017

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Popov: Perginya Jurulatih 'Yang Betul', Terpaksa Tinggalkan Kota Bharu Demi Keluarga



Berita Bola Yang Menarik