5 Calon Jurulatih Yang Berpotensi Menjadi Pengendali Tetap Selangor Musim 2017

Selangor adalah sebuah kelab yang besar dalam negara kita. Jadi, jawatan ketua jurulatih Selangor bukannya jawatan yang sukar untuk FAS cari siapa yang berminat.

Namun FAS hendaklah lebih bijak dalam pemilihan mereka pada kali ini. Kami menyenaraikan 5 potensi yang mungkin akan mengisi kerusi panas tersebut.

1. Mehmet Durakovic

mehme

Lagenda Selangor dan juga sebagai jurulatih kerana membantu Selangor memecahkan kunci misi 33 mereka musim lalu selepas 2 musim mengendalikan Selangor.

Namun dalam 2 musim tersebut beliau agak sukar untuk memenangi hati segelintir peminat Selangor. Peningkatan mendadak JDT dan juga kestabilan pasukan Pahang harus diambil kira pada ketika itu.

Namun perlahan-lahan Mehmet cuba menyuntik falsafah bola sepak beliau walaupun dalam tekanan. Mehmet membantu Selangor menjadi naib juara Liga Super 2014 dan 2015.

Akhirnya beliau memberikan kejayaan manis kepada gergasi merah dengan kejuaraan Piala Malaysia 2015 dengan pasukan yang agak sederhana.

Publisiti beliau mulai meningkat mendadak kerana peminat mulai melihat apa yang cuba diterapkan oleh beliau dalam pasukan Selangor.

Namun FAS sudah membuat keputusan sebelum musim berakhir atau lebih tepat sebelum pusingan kalah mati Piala Malaysia lagi bahawa Zainal Abidin Hassan akan menggantikan Mehmet.

Dek kerana pencapaian dan publisiti Mehmet yang semakin kuat FAS mengumumkan Selangor akan ada 2 nakhoda. Namun ia tidak menjadi kenyataan dan Mehmet keluar dari Selangor.

Ketika aksi terumbang-ambing Selangor musim ini, ramai peminat mahukan beliau kembali. Namun selepas diceraikan oleh FAS, adakah mungkin mereka rujuk kembali? Mungkin sukar tetapi tidak mustahil.

2. Ramon Marcote

ramon

Beliau adalah jurulatih muda yang membantu Tan Cheng Hoe di Kedah sepanjang musim lalu. Marcote seakan-akan menjadi otak kepada Tan Cheng Hoe dalam usaha untuk membentuk bola sepak moden.

Kedah mengubah identiti bola sepak mereka dengan segera. Marcote memainkan peranan penting beliau dalam hal ini.

Ketika Tan Cheng Hoe ke luar negara untuk melanjutkan kursus kejurulatihan, Marcote diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Kedah dalam baki kempen mereka.

Marcote membantu Kedah sehingga ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 dengan pendekatan taktikal beliau. Kedah muncul naib juara Piala Malaysia musim lalu.

Karisma yang ada pada Marcote tiba-tiba menghantui populariti Tan Cheng Hoe di kalangan peminat pasukan Kedah.

Namun begitu Marcote menolak tawaran kontrak baru oleh Kedah pada Disember tahun lalu dan menyeru agar penyokong Kedah terus menyokong Tan Cheng Hoe.

Falsafah bola sepak, pengalaman mengedalikan pasukan dalam Malaysia dan kepimpinan beliau sememangnya menjadi idaman ramai peminat bola sepak Selangor.

3. Dejan Antonic

dejan_antonic

Beliau kini sedang bertugas menjadi pengendali Persib Bandung. Terdapat ura-ura jurulatih ini sedang dalam radar FAS.

Dejan Antonic sangat berpengalaman dalam mengendalikan pasukan di Asia. Beliau pernah mengendalikan pasukan seperti Kitchee dan Arema Indonesia.

Ketika bersama Kitchee, Dejan pernah dinoabatkan sebagai jurulatih terbaik di Hong Kong. Beliau kemudian melepaskan jawatan di Kitchee dan menjadi jurulatih kebangsaan Hong Kong.

Dejan selepas itu berkelana ke Indonesia. Pada musim 2011/12, beliau diiktiraf sebagai jurulatih terbaik Liga Indonesia selepas membantu Arema mara ke separuh akhir Piala AFC.

Berdasarkan rekod semasa di Liga Indonesia, Antonic dan Persib kini berada di tangga pertengahan liga dengan kadar kemenangan per perlawanan yang agak rendah.

Di Indonesia Antonic dikenali dengan sikapnya yang agresif dan bertenaga di luar padang. Beliau juga sangat tegas dalam urusan bola sepak dan tidak suka pemain yang tidak berdisiplin.

4. Ashley Westwood

ash

Anda mungkin tidak berapa mengenali jurulatih ini. Bekas anak buah Alex Ferguson ini pernah menjadi calon utama jurulatih Singapura sebelum ini.

Westwood adalah jurulatih yang terawal dalam revolusi bola sepak di Bengaluru sebelum digantikan dengan Albert Roca.

Beliau adalah jurulatih yang bertanggungjawab kepada asas bola sepak di Bengaluru dan juga India.

“Saya datang ke sini (India) dengan melihat sebuah kanvas kosong. Saya diminta untuk melukis bola sepak di sini dari scratch.”

“Saya juga diminta untuk membantu melahirkan pemain berbakat untuk India.”

Beliau memenangi beberapa anugerah jurulatih terbaik ketika di sana. Westwood terkenal dengan falsafah beliau yang suka membangunkan bakat muda untuk diserap masuk ke dalam pasukan utama.

Beliau juga seorang jurulatih yang mengutamakan bola sepak berdisiplin seperti mana yang dilakukan oleh Alex Ferguson.

5. K.Gunalan

21016gunalan-tmb-width768

Beliau antara watak penyelamat penting Selangor musim ini. Sikap merendah diri di hadapan media dan peminat Selangor membuatkan beliau dihormati ramai pihak.

Beliau ditinggalkan dengan pasukan yang serba-serbi hilang keyakinan diri. Perlahan-lahan beliau menanam keyakinan kembali di dalam jiwa pemain.

Kini Selangor berada di pentas final Piala Malaysia. Mungkinkah FAS akan memberikan ganjaran istimewa kepada beliau sekiranya Selangor menjuarai piala ini untuk kali ke-34.

Ataupun mengembalikan beliau semula ke kerusi pembantu?

K.Gunalan baru sahaja menyatakan hasrat beliau untuk menjadi jurulatih tetap Selangor pada musim hadapan.

Siapakah Yang Akan Menjadi Pengendali Tetap?

Di atas hanya 5 calon kemungkinan. Kami rasa FAS sudah ada calon utama di atas meja mereka masa ini. Jadi, untuk penyokong Selangor, siapakah yang anda mahukan untuk mengendalikan pasukan anda?

Peluang terakhir dapatkan jersi original Selangor

Bercakap tentang bola sepak Selangor, anda juga boleh memberikan sokongan kepada skuad Selangor yang akan berentap dalam final Piala Malaysia 2016 dengan membeli jersi original mereka.

sel

Kami mahu memberikan anda peluang terakhir untuk memiliki jersi original Selangor; kali ini dengan hanya RM90!

Anda boleh membeli ketiga-tiga jersi Selangor ini di https://thesbx.com/

Baca juga : Reviu Liga Super 2016: Pasukan Mana Di Luar Jangkaan? Insiden Mana Yang Paling Panas?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN