Howard Webb Dedahkan Penyokong, Pengurus Dan Pemain EPL Yang Paling Menjengkelkan

Bekas pengadil Howard Webb mendedahkan bahawa Stoke City dan Everton adalah tempat yang beliau tidak gemari untuk bertugas ketika beliau masih menjadi pengadil.

Agak mengejutkan juga apabila Howard Webb menuduh David Moyes sebagai pengurus yang paling banyak komplen ketika beliau menjadi pengadil.

Dalam temu bual dengan akhbar Daily Mirror, Howard Webb membuat pendedahan esklusif tentang perkara-perkara yang menjengkelkan beliau semasa bertugas menjadi pengadil.

Sebagai rekod, Howard Webb telah mengadili hampir 1,000 perlawanan bola sepak Inggeris , Eropah dan juga antarabangsa.

Penyokong Yang Menjengkelkan

Ketika ditanya penyokong mana yang beliau kurang gemari. Webb tidak teragak-agak untuk menjawab Everton dan Stoke City.

during the Budweiser FA Cup Third Round match between Everton and Queens Park Rangers at Goodison Park on January 4, 2014 in Liverpool, England.
during the Budweiser FA Cup Third Round match between Everton and Queens Park Rangers at Goodison Park on January 4, 2014 in Liverpool, England.

“Peminat Stoke dan Everton adalah yang paling membenci saya. Kedua-duanya fanatik untuk menyokong apa yang pasukan mereka lakukan walaupun tahu ianya terang-terang salah.”

“Stoke City adalah pasukan yang ada reputasi baik, namun mereka sentiasa menjadi tempat yang sukar untuk pegawai perlawanan, dan juga pasukan pelawat kerana penyokong mereka cuba mengambil kesempatan.”

“Everton, satu lagi kelab yang hebat. Saya suka ke sana kerana Everton ramai peminat. Tetapi mereka terlalu partisan.”

“Satu perkara yang pasti, setiap kali anda mengambil tindakan ke atas pemain mereka, peminat-peminat mereka akan mengejek.”

“Di tepi padang, dan juga di hadapan tempat duduk utama adalah kawasan yang paling sukar untuk penjaga garisan.”

“Jadi saya simpulkan Everton dan Stoke adalah 2 tempat yang paling sukar untuk pengadil.”

Pengurus Yang Menjengkelkan?

Webb terus menjawab David Moyes. Ini kerana pengurus ini sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja keputusan beliau.

moyes

“Dia adalah pengurus yang sangat tidak suka dengan profesion pengadil. Dia terlalu cepat untuk mengkritik keputusan saya,”

“Jadi, dalam Liga Perdana Inggeris saya rasa David Moyes adalah orang yang paling banyak mengkritik keputusan saya.”

Siapa sangka David Moyes ni banyak komplen kan.

Pemain Yang Paling Sukar Dikawal

Ketika wartawan meramalkan Joey Barton ataupun Robbie Savage, Webb memberikan pendapat yang berbeza. Webb berpendapat Savage dan Barton tidaklah teruk.

savage

“Pemain Liga Perdana Inggeris yang sentiasa membuatkan saya ‘panas’ sudah pastinya Craig Bellamy. Saya bergelut untuk memperbaiki hubungan dengan Craig.”

webb

“Sekali lagi saya tegaskan, dia seorang pemain bola sepak yang hebat, dia mungkin seorang yang mesra di luar padang, namun di atas padang beliau terlalu agresif dan sentiasa mahu mendengar penjelasan orang lain.”

“Pemain lain yang tergolong dalam kategori ini, seperti Joey Barton atau Robbie Savage yang ‘hati’ mereka ada dekat tangan.”

“Mereka sentiasa cuba mempertahankan pendapat mereka, tetapi selalunya mereka masih boleh menerima penerangan anda.”

Baca juga : 5 Pengurus Yang Pakar Dalam Melawan Penyingkiran & Memenangi Promosi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN