Quantcast
Analisis Taktikal EPL 2016/17: 3-4-3 Conte Bunuh Sistem Lemah Jose Mourinho
ANALISIS TAKTIKAL

Analisis Taktikal EPL 2016/17: 3-4-3 Conte Bunuh Sistem Lemah Jose Mourinho

Monday, 24 Oct 2016

Permulaan

Antonio Conte sudah pasti mahu meneruskan formasi terkuat mereka setakat ini iaitu 3-4-3 dengan serangan bertiga diketuai trio Pedro-Costa-Hazard.

Moses dan Alonso bermain sebagai bek sayap. Manakala Kante dan Matic menjadi pivot dalam sistem ini.




Jose Mourinho meneruskan formasi yang berasaskan Pogba. Kali ini beliau mengeluarkan antara no.10 terbaik dalam EPL musim ini setakat ini iaitu Juan Mata.

Beliau meletakkan Pogba di peranan no.10 untuk memberikan sokongan kepada Zlatan Ibrahimovic. United bermain dengan penyerang sayap untuk memainkan peranan side midfielder. Ia cabaran untuk Rashford dan Lingard dari segi servis.

Conte Sudah Ada Sistem

Dari segi pemilihan kesebelasan utama anda sudah tahu Conte sudah ada sistem yang tertentu buat masa ini. Beliau tidak terdesak untuk memaksa John Terry memulakan perlawanan dengan minit yang tertentu.

Conte sudah lama bekerja untuk membentuk sistem ini di Chelsea. Masakan beliau boleh menggunakannya ketika separuh masa kedua di Emirates?

Pertahanan bertiga Chelsea sangat stabil dan berdisiplin walaupun pemain seperti Luiz sebelum ini agak ‘liar’ untuk bermain dalam keadaan ini.

Matic kembali mendapat sentuhan setelah Conte sangat bersabar dengan beliau. David Luiz beraksi cemerlang namun tetap ada aksi gopoh yang tipikal David Luiz.

3 perlawanan tanpa bolos adalah testimoni terkuat sistem pertahanan bertiga Chelsea dalam keadaan terbaik buat masa ini.

Berbeza dengan Mourinho, maaf untuk saya katakan, beliau terlalu mencari sistem untuk Pogba sehingga lupa Ibrahimovic perlukan hantaran lintang dan servis yang lebih banyak dari tengah.

Pemilihan 2 pemain yang tipikal attaking 3 winger seperti Lingard dan Rashford hanya untuk membuka ruang kepada Paul Pogba di no.10.

Beliau mengorbankan Juan Mata pada separuh masa pertama. Statistik posisi Pogba musim ini adalah

Posisi Penampilan Gol Assist
DM 11 4 0
CM 3 0 0
AM/No.10 3 0 0

Kerapuhan Pertahanan United

Untuk 2 gol pertama, sukar untuk menyalahkan sistem pertahanan United secara total. Ini kerana ia lebih kepada kelekaan individu dan pengurusan garisan defensif yang lemah untuk jaringan pertama.

Lihat gambar di bawah, kedudukan Bailly dalam garisan tinggi. Mungkin mereka tetap akan dihukum jika dia berada di garisan selari namun ini adalah bukti fokus pertahanan United hilang dengan mudah.

c1

Ini satu lagi contoh pemain United kurang selesa bermain garisan pertahanan tinggi bila berhadapan dengan pasukan yang high pressing. Atau mereka sudah lupa cara bermain di garisan tinggi?

c5

Untuk jaringan kedua. United bermain tight man marking tetapi bola terbias pada Herrera dan Cahill berada di tempat yang betul pada masa yang betul.

Ini contoh betapa lemahnya sokongan mereka bila bermain garisan tinggi. Cepat panik bila ditekan dan gagal membuat keputusan.

Kreativiti United

Dalam perlawanan menentang Liverpool mereka bertahan dengan baik. Namun mereka sangat lemah dalam serangan balas. Dalam perlawanan ini pula masalah yang sama masih ada dari segi serangan balas.

United sinonim dengan kemampuan melakukan serangan balas dengan 2-3 orang pemain sahaja dari sayap dan bang! dengan gol.

Namun dalam perlawanan ini mereka tidak ada DNA itu. Apabila Chelsea bertahan dengan rantaian berlima (chain of 5). Mereka tidak ada kreativiti dan kualiti untuk memecahkan tight areate ataupun zon 14.

Mereka terlalu bergantung kepada hantaran lintang. Namun mereka tidak memiliki crosser yang berkualiti.

Ini adalah laporan hantaran lintang United(atas) vs. Chelsea(bawah).

cross-untdcrossc

Hantaran United sangat tidak pentratif. Ini adalah corak hantaran Chelsea di final third.

c3

Sekarang bandingkan pula dengan hantaran United di final third.

c4

United seolah-olah tidak berani dan tidak ada keupayaan untuk memasuki tight area tersebut. Hantaran sideway terlampau banyak.

Dari corak hantaran begini kita sudah tahu, ia adalah masalah dengan no.10 ataupun Paul Pogba. Ini adalah heatmap keseluruhan dan anda dapati United tidak mampu untuk lebih penetratif di tight area.

htm

Mourinho memasukkan Mata pada separuh masa kedua, dan beliau memperbaiki sedikit isu ini.

Ini heatmap dengan Pogba sebagai no.10 pada separuh masa pertama. Nampak lemah di zon 14.

p10

Ini pula heatmap Mata dengan peranan no.10 pada separuh masa kedua. Anda lihat ada cengkaman yang lebih baik dari Mata.

m10

Chelsea High Pressing Dan Memanipulasi Ruang

Chelsea cuba memberikan tekanan segera kepada United dan kerap mereka mewujudkan panik kepada organisasi United. Sau lagi perkara yang penting adalah cara Chelsea mengisi ruang.

Mereka sangat manipulatif. Ia juga lebih kerana mobiliti United yang lemah dalam bergerak untuk mengisi blok kosong.

Gol Eden Hazard ini adalah bukti kelemahan United dalam menutup ruang dan kebijaksanaan Chelsea untuk memanipulasi ruang itu dengan segera.

c7

Penilaian

Ia adalah aksi terbaik Chelsea musim ini dengan kemampuan menggerakkan bola dengan segera. Mereka memberikan masalah kepada United dalam semua aspek.

Mereka lebih animasi dan fluid dalam perlawanan ini dan memang menghiburkan.

Walaupun Moses ada sedikit masalah dengan positioning untuk bermain bek sayap, namun kualiti United semalam tidak mampu menghukum ruang itu.

Moses sendiri boleh dikira beraksi cemerlang bersama sama dengan Alonso yang pernah diarahkan Mourinho mencari kelab lain ketika di Chelsea dan Madrid.

United jelas ada masalah dengan mobiliti dan permainan secara organisasi. Garisan pertahanan mereka menjemput pemain inside forward yang laju seperi Hazard dan Pedro berada di platform selesa.

Mereka terlalu toleran ketika bertahan dan tidak agresif. Ketika menyerang mereka tidak ada kreativiti dalam gerakan dan terlalu predictable.

Banyak cubaan adalah dari jarak jauh. United masih belum ada sistem yang utama dan juga 11 pemain utama pasukan. Ia masalah yang harus diselesaikan segera.

Mourinho rasanya harus fokus untuk membentuk pemain berdasarkan taktikal beliau bukannya mencari taktikal berdasarkan pemain iaitu Paul Pogba. Pogba harus bekerja dalam sistem bersama pemain lain.

Bukan 10 pemain lain dan sistem harus bekerja untuk Pogba. Pogba jelas gagal menjadi no.10. Ia kekal peranan untuk pemain yang lincah seperti Silva, Mata ataupun Eriksen. Saya masih berpendapat Pogba adalah box to box.

Pemain Terbaik

N’golo Kante (Chelsea)

kante

Saya agak berbelah bagi dengan Hazard dan Kante. Namun saya secara peribadi memilih Kante kerana merit atas kemampuan menjaringkan gol dan melindungi back 3 serta menutup ruang Moses.

Lihat heatmap posisi ini bagaimana back 3 dan Kante banyak bermain di kanan untuk menutup ruang Moses. Mereka melakukannya dengan cemerlang kerana mereka ada kelajuan yang lebih baik.

gtma

Statistik

stats

Baca juga : Chelsea vs. Manchester United : Kepulangan The Special One Sebagai Ketua Tentera Musuh

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!


Kongsi

Komen Artikel: Analisis Taktikal EPL 2016/17: 3-4-3 Conte Bunuh Sistem Lemah Jose Mourinho



Berita Bola Yang Menarik