Namanya semakin dikenali peminat bola sepak dunia kerana memecahkan rekod perpindahan pada musim panas 2016. Tidak lain tidak bukan pemain antarabangsa Perancis, Paul Pogba.
Selepas bermula dengan cemerlang pada awal musim, prestasi Pogba sedikit merudum dengan masalah kecederaan dan beberapa masalah yang melanda.
Tidak gembira?
Beliau dilaporkan tidak gembira dengan karier profesionalnya dengan kelab Manchester itu. Paul menerima tekanan hebat dari dalam dan luar padang.
Paul Pogba juga dikhabarkan menghadapi masalah dengan pengurusnya, Jose Mourinho. Perselisihan itu menjadi tumpuan
peminat bola sepak dunia.
Lepaskanlah
Bekas pemain Red Devils, Paul Scholes memberikan pendapat bahawa Paul Pogba harus diberikan masa selama beberapa tahun.
Scholes juga beranggapan Pogba mampu untuk memberikan sumbangan yang berkesan buat Manchester United.
Namun begitu, legenda United itu menegaskan bahawa Manchester United perlu untuk melepaskan Pogba sekiranya pemain tersebut tidak gembira.
”Paul Pogba wajar dilepaskan pergi oleh Manchester United,” kata Paul Scholes.
Manchester United perlu menilai semula harga yang sesuai diletakkan supaya tidak mengalami kerugian.
Mendapat sokongan rakan
Namun begitu, Michael Carrick memberitahu bahawa kisah perpindahan keluar Paul Pogba ini mengarut.
Bagi Carrick, Paul Pogba melalui episod kegemilangan dalam karier pemain terlalu awal.
Michael Carrick menyifatkan spekulasi perpindahan keluar itu sebagai kurang bijak.
Lagi sokongan buat pemain itu
Yaya Toure dalam satu temuramahnya berjenaka bahawa beliau ingin membantu Paul Pogba.
Itu pun sekiranya Manchester United sudi memberikan beliau peluang menyarung jersi kelab itu.
Yaya mahu pemain muda itu tahan apabila dikritik. Baginya, kritikan itu lumrah dalam pembentukan pemain yang bagus.
Paul Pogba sudah memiliki dua medal kejuaraan bersama Red Devils. Kedua-duanya hadir pada musim lalu iaitu EFL Cup dan Europa Cup.
Paul Pogba baru-baru ini dilihat berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Mungkin di situ ada jalan ketenangan untuk beliau.