Jurgen Klopp Jelaskan Sebab Beliau Memilih Liverpool Berbanding Kelab Lain Yang Berminat Mendapatkan Khidmatnya

Klopp

Pengurus yang semakin disayangi di Anfield, Jurgen Klopp mendedahkan sebab beliau lebih memilih Liverpool berbanding kelab-kelab lain yang turut mahukan khidmatnya.

Pengendali kelahiran Stuttgart itu berhijrah ke Liverpool pada Oktober 2015 bagi menggantikan Brendan Rodgers selepas lima musim membimbing Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga.

Sepanjang beliau bersama Liverpool, masih belum ada sebarang kejuaraan yang berjaya didakap Klopp.

Namun, peluang keemasan buat beliau dan anak buah bakal menjelma apabila The Reds akan membuat perhitungan dengan Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah hujung minggu ini.

Klopp menjelaskan antara punca beliau memilih Liverpool adalah kerana kelab tersebut bersedia untuk menerima pendekatannya.

LIVERPOOL, ENGLAND – MAY 21: Jurgen Klopp, Manager of Liverpool speaks with John Achterberg, Goalkeeping Coach during a training session at Anfield on May 21, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

”Saya sukakan sejarah (Liverpool). Saya merupakan seorang pemain bola sepak yang ‘romantik’. Saya tahu bahawa saya mungkin akan membantu.”

”Mereka mungkin memerlukan saya, pada waktu ini saya tahu apa yang baik dalam diri saya,” Klopp memberitahu Robbie Fowler dalam satu temubual di Mirror.

“Apabila mereka memberitahu saya mengenai masalah yang mereka hadapi, saya berfikir, ‘OK, ya, saya mungkin pengurus yang betul untuk kelab itu.’

”Satu perkara kecil. Liverpool adalah satu jenama kelas dunia, besar, besar, besar tetapi di Melwood (pusat latihan pasukan), ia masih satu keluarga, tiada lain dan anda boleh masuk ke dalam dan merasakannya.”

”Saya perlu terus membangun dan semakin meningkat, pasti, tetapi saya tidak mahu pergi ke pejabat pada waktu pagi dengan memakai tali leher, itu bukan saya.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN