Cornthwaite Tak Tahan Aksi Di Bulan Ramadhan, Kagum Pemain Islam Mampu Berbuat Demikian

Ramadhan adalah bulan yang ke-9 di dalam kalendar Islam. Ia adalah bulan yang paling penting dan suci bagi penganut agama Islam.

Sesuai dengan amalan puasa di bulan Ramadhan, Malaysia Football League (MFL) tetap meneruskan saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Berbeza pada musim sebelumnya, Liga Malaysia berehat selama sebulan untuk memberi laluan kepada Ramadhan. Hal ini ada pro dan kontranya.

Jika Liga Malaysia direhatkan selama sebulan seperti pada musim lalu, ia pasti akan memanjangkan tempoh saingan pada musim ini, sekaligus menjadikan jadual saingan bola sepak domestik menjadi padat walaupun ia memberi rehat secukupnya kepada pemain.

Ini berikutan saingan Piala Malaysia juga akan mengambil tempat, tetapi jadual yang padat pasti akan mengundang risiko kecederaan di kalangan pemain selepas itu.

Namun pada musim ini, MFL meneruskan saingan, namun sepak mula perlawanan Liga Malaysia dilewatkan dan hanya bermula pada 10 malam.

Ini menjadikan setiap perlawanan akan tamat hampir menjelang tengah malam, iaitu sekitar 11:45 malam.

Bagi pemain import dan pertahanan tengah Perak TBG, Robert Cornthwaite, ianya bukan perkara yang mudah walaupun beliau bukanlah seorang Islam dan tidak mengamalkan ibadah puasa.

Ini adalah kerana perlawanan bermula jam 10 malam, yang juga bermakna setiap pemain yang terlibat di dalam perlawanan tanpa mengira pegangan agama harus mengubah rutin harian mereka.

Dalam satu muat naik di akaun Twitter peribadi beliau, Robert Cornthwaite mengakui bahawa ianya adalah satu perkara yang sukar untuk beraksi pada waktu itu.

“Ini adalah perlawanan pertama di bulan Ramadhan. Saya harus mengakui ianya amat sukar bagi saya yang bukan beragama Islam. Beraksi mulai jam 10 malam bukan satu perkara kebiasaan.”

“Anda harus mengubah jadual pemakanan dan penerimaan tubuh badan termasuk waktu tidur selepas itu.”

“Saya amat kagum dengan pemain beragama Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia yang mampu berbuat demikian,” ujar beliau dalam muat turun tersebut.

Bola sepak di bulan Ramadhan sebenarnya bukan perkara yang asing di beberapa negara Islam yang lain.

Gojek Liga 1, Indonesia; Oman Profesional League, Oman; Iraqi Premier League, Iraq; dan Singapore Premier League, Singapura adalah antara liga bola sepak di dunia yang memiliki pemain beragama Islam teramai, dan tetap meneruskan saingan domestik masing-masing.

Ia pasti pengalaman yang menarik buat bekas pemain Blackburn Rovers itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN