Pogba Wira Les Bleus, Jaringkan Gol Kemenangan Atasi Australia

Perancis bermula garang di dalam perlawanan ini apabila terlebih dahulu menguji penjaga gawang Australia seawal minit ke-2 melalui Kylian Mbappe.

Percubaan dari sudut sukar oleh penyerang berusia 19 tahun itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Australia.

Selepas itu giliran Paul Pogba melakukan percubaan melalui rembatan deras yang menuju terus ke penjaga gol.

(Photo credit should read SAEED KHAN/AFP/Getty Images)

Selepas membiarkan pemain-pemain Perancis bebas melakukan percubaan, termasuk dua oleh penyerang sensasi Atletico Madrid, Antoine Griezmann, pecubaan pertama Australia dihasilkan melalui tandukan Mathew Leckie.

Tandukan Leckie hasil hantaran gerakan set pieces Aaron Moy itu bagaimanapun sekadar sipi tidak menepati sasaran.

Babak pertama perlawanan turut menyaksikan Leckie menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning selepas kekasaran yang tidak sepatutnya.

Babak pertama perlawanan, berakhir tanpa jaringan dalam perlawanan yang boleh disifatkan hambar.

Babak kedua perlawanan bermula dengan pengadil sibuk meniup wisel untuk menghentikan perlawanan selepas pemain dari kedua-dua pasukan terlibat dengan beberapa insiden.

Perlawanan turut memaksa VAR diambil kira untuk menentukan sepakan penalti diberikan kepada Perancis, sebelum Griezmann tenang meletakkan Perancis 1-0 di hadapan pada minit ke-58 perlawanan.

Pada minit ke-62 perlawanan, giliran Australia pula memperolehi sepakan penalti setelah Samuel Umtiti dipersalahkan kerana bola terkena pemain pertahanan itu di dalam kotak penalti.

Mile Jedinak kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 untuk Australia, tenang menolak masuk ke penjuru kanan gawang Perancis.

(Photo by Anthony Dibon/Icon Sport via Getty Images)

Tidak mahu menyerah kalah, dan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri, Paul Pogba kemudiannya menjadi wira Perancis apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81 perlawanan.

Bijak melepasi asakan pertahanan lawan, Pogba menyambut assist dari Olivier Giroud untuk mengembalikan kelebihan satu gol milik Perancis. Kedudukan semasa Perancis 2-1.

Perancis selepas itu turut menghasilkan beberapa gerakan berbahaya dan tampak tajam, namun kedudukan terus kekal 2-1 sehingga wisel penamat, untuk tiga mata penuh buat Les Bleus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN