Rating Pemain Perancis vs Australia, Bukan Aksi Terbaik Les Bleus

Paul Pogba menjadi wira Perancis dengan gol kemenangan untuk mengatasi Australia 2-1. Berikut adalah rating pemain dari setiap pasukan.

AUSTRALIA (4-4-1-1):

Mat Ryan-6.0
Diuji oleh Mbappe pada awal pertahanan. Sukar untuk menilai untuk penalti yang dilepaskan, namun berada di luar posisi ketika Pogba menjaringkan gol.

Josh Risdon-5.5
Sepertimana rakan pertahanan yang lain, Rishdon juga berdisiplin dalam mengekalkan bentuk pertahanan Australia. Namun agak kurang bernasib baik apabila dipersalahkan untuk penalti oleh Griezmann yang terpaksa ditentukan oleh VAR.

Trent Sainsbury-6.0
Cemerlang melakukan asakan sepanjang perlawanan, dan memberikan aspek agresif pasukan Australia sepanjang perlawanan.

Mark Miligan-6.0
Memastikan rakan pertahanan yang lain kekal kompak untuk mengawal gandingan Mbappe-Griezmann-Dembele.

Aziz Behich-6.5
Bukan sahaja cemerlang di dalam tugas bertahan, Behivich adalah ancaman utama kepada Perancis di sebelah kiri.

Matthew Leckie-6.5
Tidak mampu memberi ancaman secara konsisten ke arah gawang Perancis, tetapi rajin melakukan pressing sehingga menyukarkan Perancis memulakan build up dari abwah.

Mile Jedinak-7.0
Salah seorang ‘top performer’ di dalam pasukan Australia. Pendorong utama kepada rakan sepasukan, selaku kapten beliau tenang menyamakan kedudukan melaui sepakan penalti.

Aaron Mooy-7.0
Beraksi baik sepertimana aksi beliau bersama Huddersfield. Pasti menjadi salah seorang individu yang terluka selepas segala yang diberikan di atas padang.

Robbie Kruse-5.5
Berusaha sebaik mungkin, tetapi tidak banyak boleh dilakukan ketika berhadapan Perancis.

Tomas Rogic-6.5
Pemain tengah Celtic ini menyerlah di bahagian tengah dalam usaha menyerap asakan serangan Perancis.

Andrew Nabbout-6.0
Tidak mendapat banyak peluang, tetapi bekerja keras untuk membuat segalanya sukar untuk Perancis.

(Photo credit should read SAEED KHAN/AFP/Getty Images)

Perancis (4-3-3):

Hugo Lloris-7.0
Berjaya menangkis hantaran lintang dan percubaan lawan dari sepakan percuma. Prestasi agak meyakinkan walaupun sering kali melakukan kesilapan sebelum ini di peringkat kelab.

Benjamin Pavard-5.5
Bukan persembahan yang kita harapkan dari seorang bek sayap yang gagal melakukan link-up play dengan bahagian serangan.

Raphael Varane-6.5
Mengawal benteng pasukan dengan baik dengan ketenangan, namun tidak banyak ancaman yang perlu dilaksanakan.

Samuel Umtiti-5.0
Tidak banyak perkara dilakukan sepanjang perlawanan, namum dipersalahkan kerana memberikan penalti kepada lawan.

Lucas Hernandez-5.5
Terlampau kerap menjatuhkan diri dan gagal membantu serangan, peranan yang kita harapkan dari bek sayap.

Corentin Tolisso-5.5
Mungkin pemain paling mengecewakan di dalam kesebelasan utama Perancis, dan hampir menjaringkan gol sendiri. Aksi Tolisso turut dibayangi oleh terlampau banyak lakonan.

N’Golo Kante-6.5
Tidak banyak dilakukan oleh Kante di atas padang, namun melaksanakan tugasan hakiki dengan baik. Mungkin kerap kali Kante berada di garis rendah.

Paul Pogba-7.0
Jujurnya, aksi dan prestasi Pogba sama seperti beliau di Manchester United. Adakalanya menyerlah, kemudian disulami dengan hantaran-hantaran liar yang menyebabkan pasukan kehilangan bola. Penjaring gol kemenangan Perancis.

Kylian Mbappe-6.5
Merupakan pemain penyerang Perancis paling tajam, dan beberapa kali melakukan percubaan ke arah gawang lawan.

Antoine Griezmann-6.0
Jika kualiti beliau sebelum ini diambil kira, Griezmann boleh dianggap kurang menyerlah dalam perlawanan ini. Namun beliau berjaya memenangi penalti walaupun dikatakan kontroversi.

Ousmane Dembele-6.0
Kepantasan yang dimiliki sentiasa menjadi ancaman buat lawan. Namun tidak cukup tenang untuk mengekalkan penguasaan bola di bahagian atas serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN