Pemain Tumpuan: Christian Eriksen, Perancang No.10 Moden Denmark

Christian Eriksen boleh dikatakan baka istimewa dalam pasukan Denmark. Beliau merupakan tipikal no.10 yang mirip dengan gaya permainan David Silva mahupun Isco Alarcon. Ada pundit menggelar Eriksen sebagai tipikal no.10 Sepanyol.

Ramai jurulatih dalam bola sepak moden yang mengimpikan memiliki perancang no.10 moden yang boleh merancang perlawanan daripada zon padat di zon 14 dengan visi permainan yang sangat tinggi.

Oleh itu, tidak hairanlah Christian Eriksen berjaya menjadi perancang no.10 yang berpengaruh di bawah kendalian Mauricio Pochettino di Spurs.

BRIGHTON, ENGLAND – APRIL 17: Christian Eriksen of Tottenham Hotspur in action during the Premier League match between Brighton and Hove Albion and Tottenham Hotspur at Amex Stadium on April 17, 2018 in Brighton, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Pochettino adalah pemegang falsafah bola sepak ala Bielsa yang gemarkan pusat kreativiti di kawasan padat  (tight area).

Dan tak hairan juga nama beliau dikaitkan dengan pasukan seperti Barcelona.

Visi, kreativiti dan ketajaman

Eriksen sangat bagus dan yakin dengan bola di kaki beliau. Memiliki visi dalam permainan yang sangat baik. Selain itu, beliau ada kualiti bola mati yang luar biasa. Menjadi antara pengambil sepakan percuma yang terbaik di Eropah dalam beberapa musim ini.

Rekod beliau di hadapan gol untuk Denmark juga patut diberikan perhatian. Beliau menjaringkan 16 gol daripada 20 penampilan terakhir beliau.

https://twitter.com/LastWordOnSpurs/status/1005555322906464256

Eriksen juga menjaringkan 11 gol dan 3 bantuan gol daripada 12 perlawanan kelayakan Piala Dunia. Jadi, tidak hairanlah jika ada akhbar menulis, Eriksen membawa Denmark ke Piala Dunia.

Beliau menjadi pemain paling muda melakukan debut selepas Michael Laudrup pada 2010. Ketika itu Eriksen berusia 18 tahun. Pada hari ini beliau ada statistik 78 perlawanan, 22 gol dan 18 bantuan gol untuk pasukan Denmark.

Jadi, Piala Dunia kali ini, nama Eriksen pastinya akan menjadi perhatian. Beliau dianggap antara pemain yang serba boleh di barisan serangan.

Bekas jurulatih beliau ketika di akademi, Claus Hansen menyatakan yang Eriksen memang pemain yang sangat teknikal. Namun beliau tetap lebih kepada pemain berpasukan (team player).

Eriksen menggunakan keupayaan teknikal beliau untuk membantu pasukan dan rakan-rakan beliau yang lain di dalam padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN