Manchester United memberikan Maurizzio Sarri lebih tekanan di Chelsea. Ini selepas skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu menewaskan Chelsea 2-0 di Stamford Bridge sekaligus menamatkan kempen Piala FA The Blues.
Penyokong Chelsea pula menyuarakan kemarahan mereka ke atas Sarri. Ianya jelas kelihatan daripada sambutan kecewa mereka di atas pertukaran yang dilakukan Maurizzio Sarri. Ianya bukan tidak puas hati dengan siapa pemain yang masuk, tetapi kecewa dengan siapa pemain yang keluar.
Mereka seakan-akan mendesak Sarri mengeluarkan Jorginho dan mengembalikan Kante ke peranan no.6. Ketika ketinggalan 2-0, penyokong Chelsea mengharapkan Callum Hudson Odoi ataupun Olivier Giroud yang akan dimasukkan. Namun tidak berlaku, Sarri telah membawa masuk pemain pertahanan.
Di seksyen Man. United pula, selain daripada bergema lagu Ole, penyokong Man. United menyanyi: ‘Kamu akan dipecat pagi nanti’ ditujukan kepada Maurizzio Sarri.
Ramai penyokong Chelsea meninggalkan stadium lebih awal. Selepas dimalukan oleh Man. City sebelum ini, mereka sekali lagi ditewaskan sebuah lagi pasukan dari bandar Manchester. Manchester United adalah seteru Chelsea pada era moden.
Di sebelah ‘west stand’ tidak kelihatan kelibat Roman Abramovich. Ianya memberikan isyarat bahawa Sarri dalam bahaya.
Maurizo Sarri vs. the Top 6 in 2019:
❌ Tottenham 3-0 Chelsea
❌ Arsenal 2-0 Chelsea
❌ Man City 6-0 Chelsea
❌ Chelsea 0-2 Man UtdIs he getting sacked in the morning? 🔵🤔 pic.twitter.com/VOCjQk7jpn
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 18, 2019
Namun fokus Sarri kini pastinya final Piala Carabao menentang Manchester City. Ianya boleh menjadi penyelamat karier beliau di Stamford Bridge. Buat masa ini Maurizzio Sarri boleh dikira sudah kehilangan undi popular di Stamford Bridge.
Manchester United memberikan aksi terbaik. Ole Gunnar Solskjaer bangga dengan respon daripada anak-anak buahnya selepas kekalahan di tangan PSG.
Paul Pogba sekali lagi menjadi nadi penting dalam skuad Solskjaer. Beliau melakukan assist kepada Ander Herrera pada minit ke-31. Herrera antara pemain yang sangat meningkat naik di bawah kendalian Solskjaer.
Ander Herrera has not scored more than two goals against a single club in his career:
⚽️⚽️ vs. Arsenal
⚽️⚽️ vs. Barcelona
⚽️⚽️ vs. Chelsea
⚽️⚽️ vs. Málaga
⚽️⚽️ vs. Yeovil TownSaving them for some of the big boys. 😉 pic.twitter.com/jrnnNENcxF
— Squawka (@Squawka) February 18, 2019
Dan sebelum wisel separuh masa dibunyikan, Paul Pogba menambah satu lagi gol, ianya juga menerusi tandukan. Penjaga gol termahal dunia – Kepa Arrizabalaga patut melakukan yang lebih baik untuk menghalang gol itu.
🔥 | @paulpogba makes it 2️⃣! pic.twitter.com/fq2ZEpx6Ko
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 18, 2019
Pada separuh masa kedua, Chelsea cuba sedaya upaya mencari gol untuk menyelamatkan kempen mereka. Namun Hazard dan rakan-rakannya buntu untuk menembusi Sergio Romero dan pertahanan Man. United. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-0 oleh Man. United.
Kejayaan ini pastinya meningkatkan lagi populariti Ole Gunnar Solskjaer untuk mendapatkan jawatan tetap di Old Trafford. Di tempat duduk penyokong Sir Alex Ferguson tersenyum bangga. Ini kerana beliau adalah orang terakhir yang membawa skuad United yang menang di Stamford Bridge sebelum ini.
Chelsea 0-2 Man Utd FT:
⚽️ Herrera
⚽️ PogbaOle Gunnar Solskjaer becomes the first Man Utd manager to win at Stamford Bridge since Sir Alex Ferguson to progress to the #FACup quarter-finals. pic.twitter.com/lJripq2OJc
— Squawka Live (@Squawka_Live) February 18, 2019