Kuala Lumpur Sambar Pemain Skuad Piala Asia Filipina Ganti Jufriyanto

Selepas menamatkan kontrak pemain pertahanan dari Indonesia, Achmad Jufriyanto ekoran kecederaan yang serius, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) semalam mengumumkan kemasukan pemain skuad kebangsaan Filipina, Luke Woodland bagi mengisi kuota pemain import Asean.

Woodland yang dilahirkan di Abu Dhabi, UAE merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Filipina yang beraksi di Piala Asia bulan lepas. Beliau beraksi dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan menentang Korea Selatan, China dan Kyrgyzstan.

Pemain tengah yang berusia 24 tahun itu mempunyai darah campuran Filipina dengan England dan pernah beraksi untuk skuad England bawah 16, 17 dan 18 tahun selepas memasuki akademi Bolton Wanderers pada usia 8 tahun.

Pada usia 17 tahun, beliau sudah pun mempunyai kontrak professional sebagai pemain bola sepak dan menyertai kelab Oldham Athletic dan York City dalam saingan Liga bawahan England.

Pada tahun 2017, beliau kembali ke negara sebelah ibunya, Filipina dengan menyertai kelab Ceres Negros. Bagaimanapun, khidmatnya bersama kelab tersebut tidak bertahan lama kerana kontraknya tidak disambung lalu membawa diri ke Thailand menyertai kelab divisyen 1, Buriram United dan dipinjamkan ke Suphanburi FC musim lepas.

Woodland merupakan pemain ketiga dari Filipina yang menyertai pasukan Liga Super musim ini selepas Melaka United turut menyambar khidmat rakan sepasukannya dalam skuad Piala Asia Filipina iaitu Patrick Reichelt dan Joshua Grommen yang menyertai PJ City FC.

Kemasukan Woodland bermakna kuota pemain import skuad kendalian Yusri Che Lah itu sudah lengkap sepenuhnya dan mereka tekad buru kemenangan yang pertama setelah tewas dalam dua perlawanan awal Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN