Sepanjang musim ini, Mesut Ozil dianggap sebagai pemain yang menjadi watak tidak baik kepada pasukan Arsenal.
Malah, ada penyokong yang mula tidak menggemari kelibat pemain tersebut dan berasakan beliau adakan liaibiti kepada kelab.
Namun begitu, bekas pemain Arsenal iaitu Lukas Podolski berasakan sebaliknya mengenai Ozil.
Menurut laman Goal, Ozil tidaklah jahat seperti yang disangka oleh ramai pihak. Malah, beliau turut mempunyai alasan tersendiri kenapa tindakannya sering dipersoal oleh ramai pihak.
“Beliau [Mesut Ozil] mempunyai karektor yang baik dan bukannya orang jahat.”
“Ozil tidak melakukan temuramah dan kemudiannya berkata yang tidak baik mengenai rakan sepasukannya atau Arsenal sendiri.”
Pada hemat Podolski, situasi yang berlaku sekarang melibatkan Ozil dengan Arsenal adalah situasi kalah-kalah dan bukannya menang-menang.
Hal ini disebabkan, Ozil tidak pun beraksi tetapi Arsenal perlu membayar gajinya sedangkan mereka tidak menggunakan kualiti yang ada pada pemain tersebut.
Podolski juga menegaskan yang beliau tidak begitu teruja dalam bertanyakan perihal Ozil dengan Arsenal kepada pemain tersebut. Padanya, itu adalah privasi pemain tersebut.
Dalam masa yang sama, Podolski juga memuji peningkatan yang dibawa oleh Mikel Arteta yang dilihat hanya mempunyai seorang sahaja pemain bertaraf duniadi dalam skuad iaitu Pierre-Emerick Aubameyang.
Podolski tidak berasa pemain lain itu tidak bagus sebaliknya mereka tidak berada di satu kelas yang sama dengan Aubameyang.