Julian Nagelsmann Begitu Idamkan Kejuaraan UCL

Julian Nagelsmann

Pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann mengakui yang beliau begitu mendambakan untuk merangkul kejuaraan UEFA Champions League (UCL) yang semakin hampir dalam genggaman beliau.

Dalam sebuah temubual menjelang aksi separuh akhir menentang Paris Saint-Germain (PSG), Nagelsmann mengakui yang beliau tidak berpuas hati dengan hanya satu kejuaraan sahaja yang pernah dimenanginya setakat ini.

“Satu-satunya kejuaraan yang saya menangi adalah Kejuaraan Bawah-19 Tahun Jerman.”

“Itu tidak cukup untuk karier saya. Jadi saya mahukan lebih lagi, jadi saya perlu belajar.”

Jadi tidak hairanlah mengenai Nagelsmann begitu mengidamkan kejuaraan UCL itu. Namun, beliau perlu berdepan cabaran yang cukup sukar menentang PSG yang penuh dengan pemain bintang.

Bercakap mengenai belajar, Nagelsmann juga menyatakan yang beliau menjadi tiga pengurus sebagai idolanya dalam pengurusan bola sepak.

Mereka adalah Pep Guardiol, Diego Simeone dan juga Jose Mourinho.

“Anda berhadapan dengan ramai pengurus yang memenangi kejuaraan seperti Pep Guardiola, Diego Simeone dan juga Jose Mourinho.”

“Ianya cukup menarik untuk berhadapan dengan mereka di tepi padang.”

Tambah Nagelsmann lagi, itu bukanlah satu perkara yang menarik apabila berhadapan dengan pengurus terbilang seperti mereka sebaliknya beliau turut dapat mengenalpasti bagaimana Guardiola, Simeone dan Mourinho bekerja.

Beliau berkata, sebagai pengurus muda itu adalah satu perkara yang cukup menarik untuk dipelajari olehnya dan itu adalah menjadi sasarannya dalam misi menjadi pengurus lebih baik di masa akan datang.

RB Leipzig akan bertemu PSG pada jam 3 pagi waktu Malaysia.

Baca juga artikel kami mengenai Julian Nagelsmann:

Leave a Reply