Pengendali baharu Cheslea, Mauricio Pochettino mahu menyelamatkan karier bekas pemainnya sewaktu di Tottenham Hotspur iaitu Dele Alli.
Dele yang beraksi baik sewaktu pengendali tersebut berada di utara London, kini mengalami masalah penurunan prestasi yang mendadak.
Kali terakhir Dele dilihat beraksi di bersama-sama Besiktas namun tempoh pinjaman tersebut tidaklah berakhir dengan baik.
Kini berada di Chelsea, Pochettino mahu cuba menyelamatkan karier pemain tersebut dengan usaha mendapatkan Dele.
Namun bukanlah niat Pochettino untuk mendapatkan Dele sebagai pemain Chelsea, tetapi kerana hubungan baik antara kedua-dua pihak maka pengurus itu mahu mengetahui dimanakah silapnya mengenai bekas bintang England itu.
“Saya berharap akan mempunyai sedikit masa untuk menelefon dan berjumpa kerana dia adalah seorang individu yang baik dan saya mahu bercakap sedikit dan dengar daripada dia.
“Saya ingin bantu dia dan lihat apa yang berlaku dengan dia. Semestinya pemain ini mempunyai mentaliti. Sudah lama saya tidak bercakap dengan dia tetapi saya mahu menghubunginya dan ingin tahu apa yang terjadi,” kata Pochettino menerusi Mirror.
Sebelum ini, karier Dele dilihat bakal memuncak kerana potensi yang ada pada pemain itu membuatkan beliau menjadi prospek hangat bola sepak England.
Namun dek kerana kelalaian dan hanyut dengan kehidupan luar padang yang masyhur, Dele kemudiannya terus menurun prestasinya dan tidak mampu untuk bangkit lagi.