Bekas Pemain Bola Sepak Perak Nafi Ceroboh Bilik Kenalan Wanita

Bekas pemain bola sepak Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian mengakui beliau tidak bersalah, selepas dituduh menceroboh bilik hotel seorang kenalan wanita sebelum itu.

Sebelum itu tular mengenai dakwaan di media sosial seorang bekas pemain bola sepak terkenal telah melakukan jenayah menceroboh bilik hotel seorang wanita sebelum didedahkan secara umum identiti pelaku tersebut.

Shahrul Azhar yang merupakan legenda bola sepak Perak sebelum itu boleh dianggap sebagai seseorang yang sangat berpengaruh dalam kalangan peminat tempatan dan perkhabar tersebut jelas sesuatu sangat mengejutkan.

Walaupun begitu, Shahrul Azhar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap beliau di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Menurut pertuduhan tersebut, Shahrul Azhar telah membuat jenayah selepas beliau telah menceroboh bilik seorang wanita yang berusia 36 tahun di sebuah hotel terletak di Kelana Jaya pada 21 Jun lalu.

Jelas laporan daripada Berita Harian, Shahrul Azhar boleh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM 5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Kata Timbalan Pendakwa Raya iaitu Siti Maryam Jamilah Md Kamal, beliau mencadangkan Shahrul Azhar boleh diikat jamin dengan nilai sebanyak RM6000.

“Mangsa dalam kes ini adalah kenalannya, syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan hingga kes selesai,” katanya menerusi laporan tersebut.

Pada masa sama, Datuk Suraj Singh selaku peguam bela kepada bekas pemain kebangsaan tersebut membuat permohonan jaminan paling rendah kepada anak guamnya kerana Shahrul Azhar perlu menanggung isteri serta enam anaknya serta tiada risiko melarikan diri.

“Mohon jaminan dikurangkan kerana ia bukan untuk menghukum seseorang sebelum mula bicara.

“Anak guam dalam jaminan polis ketika menerima panggilan dan terus hadir ke mahkamah, tidak cuba mengelak dan melarikan diri. Isterinya tidak bekerja, manakala enam daripada tujuh anaknya masih belajar.

“Rakan anak guam yang juga pekerja kontrak akan menjadi penjamin untuk pastikan kehadiran pada tarikh akan datang, selain tertuduh tiada kes lain di mahkamah,” katanya.

Majistret dilaporkan telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 serta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan, selain menetapkan 18 September ini untuk sebutan semula kes.

Kami daripada Semuanya BOLA berharap supaya segalanya dapat diselesaikan dengan baik serta menjadi pengajaran buat para pemain yang masih aktif supaya menjaga perilaku serta menjadi teladan buat para penyokong bola sepak tempatan.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN