CEO Terengganu Harap Import Baharu Mampu Beri Impak Besar Buat Kelab

Terengganu secara rasminya berjaya menandatangani khidmat pemain import baharu pada jendela perpindahan kedua ini dalam misi untuk terus memberi persaingan sengit dalam saingan domestik serta Piala AFC.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah tonggak kebangsaan Uzbekistan iaitu Nurillo Tukhtasinov dan akan memperkuatkan posisi tengah Sang Penyu untuk aksi seterusnya.

Musim ini menjadi sesuatu yang sedikit hambar buat Terengganu selepas prestasi ditampilkan mereka tidak begitu konsisten sehingga mengundang kritikan besar daripada penyokong Sang Penyu.

Menerusi rombakan dibuat, beberapa pemain dibawa masuk jelas kurang memberi impak dalam permainan sehingga percaturan baharu terpaksa dibuat kembali oleh pengendali mereka Tomislav Steinbruckner.

Antara posisi paling kritikal musim ini terarah kepada jentera tengah mereka yang kurang kreatif selepas aksi daripada Liridon Krasniqi serta pemain lain kurang memberi impak sepatutnya buat pasukan.

Menerusi laporan, Nurillo bakal diikat selama 18 bulan untuk mengisi slot pemain import bebas Terengganu dan bakal menjadi percaturan baharu buat Steinbruckner.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Ab Rasid Jusoh, kehadiran Nurillo adalah untuk mengukuhkan kembali posisi tengah kelab yang diakui sangat longgar pada musim ini.

Untuk rekod, Nurillo sebelum ini beraksi dalam saingan utama Uzbekistan bersama Neftchi Fergana dan pernah dinobatkan selaku pemain tengah terbaik dalam saingan liga di Uzbekistan.

“Pemain kebangsaan Uzbekistan itu (Tukhtasinov) bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama TFC selama 18 bulan sehingga akhir tahun depan.

“Pemain yang baharu pertama kali beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) itu bakal mengisi kuota pemain import bebas TFC.

“Kita harapkan kehadiran pemain tengah itu mampu memberikan impak yang besar dan positif buat pasukan dalam mengharungi baki saingan Liga Super, Piala Malaysia selain aksi Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) yang dijadualkan bermula pada bulan depan.

“Kita juga berharap pemain yang bakal menyarung jersi bernombor 97 itu sempena tahun kelahirannya pada 1997 dapat menyesuaikan diri bersama rakan sepasukannya dengan cepat terutama berdepan PDRM FC minggu depan,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Dijangka, Nurillo bakal bergandingan bersama Liridon Krasniqi serta Habib Haroon selepas ini untuk menambah sengat di posisi tengah Terengganu serta menaikkan kembali keyakinan penyokong kepada pasukan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN