Selepas berpisah dengan Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United telah membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan pasukan kepada Michael Carrick.
Sambil itu mereka juga telah mengambil keputusan untuk mencari pengendali sementara yang akan diletakkan sehingga akhir musim dan satu nama telah menjadi pilihan.
Nama tersebut adalah Mauricio Pochettino yang merupakan pengurus Paris Saint-Germain (PSG).
Bila-bila masa boleh datang
Nama Pochettino segara muncul selepas Solskjaer disingkirkan United, dengan pengurus tersebut sebelum ini juga pernah disebut-sebut akan ke Old Trafford.
Tekanan kerja di PSG begitu memuncak bagi sesiapa pun. Walaupun melatih pemain-pemain seperti Lionel Messi dan Kylian Mbappe.
Jadi, penganalisis Sky Sports iaitu Gary Neville menanggap yang Pochettino akan pergi ke United untuk meneruskan kariernya.
“Di PSG karier anda ditentukan dari musim ke musim, anda perlu menang kejuaraan Eropah atau anda dibuang kerja.”
“Saya tak rasa ianya kerja sedemikian sesuai dengan Pochettino. Saya yakin sangat yang beliau akan hadir ke United dengan kontrak selama lima tahun disertakan dengan sokongan dari pihak atasan.”
Bagi Neville, ianya bukanlah satu tindakan yang tidak wajar dari Pochettino untuk meninggalkan kerjayanya di PSG untuk menguruskan United.
Jika ditawarkan sekarang, esok pasti Pochettino sudah tiba untuk mengambil kerja tersebut.
“Walaupun dia tak pernah cakap, tapi dia akan tinggalkan PSG untuk Manchester United dengan kontrak lima tahun pada esok.”
“Bila dia tengok skuad yang ada dan kelab itu sendiri, dia akan sedar yang dirinya mampu capai lebih lagi daripada apa yang dimahukan di United dari segi projek.”
Nasib Solskjaer telah terpateri tempoh hari apabila kekalahan ditangan Watford membuatkan dirinya dibuang kerja selepas tiga tahun berkhidmat di United.