Pochettino Anggap Guardiola Biadap Kerana Menyebut ‘Pasukan Harry Kane’

Nampaknya, Mauricio Pochettino tidak selesa dengan kenyataan Pep Guardiola yang menyebut Tottenham Hotspur sebagai ‘Pasukan Harry Kane’,

Dalam satu sidang media beberapa minggu sebelum ini, wartawan bertanya tentang potensi Manchester City menjadi pasukan pilihan dalam kejuaraan EPL kali ini. Guardiola menjawab:

“Kami baru berada di bulan September. Chelsea menang 13 perlawanan berturut-turut musim lalu. Mereka tak tak terkalahkan, dan mereka memenangi liga. Ia tidak mudah.”

“Sudah tentu, musim ini mereka (Chelsea) bermain di Eropah. Ia lebih sukar untuk semua pasukan. Kami juga mengambil kira persaingan daripada United dan pasukan Harry Kane yang menjaringkan 2 atau 3 gol dalam setiap perlawanan.”

Ramai penyokong Spurs menganggap Pep Guardiola biadap dan tidak menghormati pasukan mereka. Terbaru Pochettino meluahkan kekesalan beliau kepada wartawan.

“Saya kenal Pep. Dia teruja selepas kemenangan yang hebat dan dia gagal untuk kekal ‘gentleman’. Kenapa dia menujukkan hormat dia kepada United dan tidak menyebut pasukan Lukaku?”

“Ia biadap bagi ramai orang. Apabila dia di Barca dulu, Messi dalam prestasi terbaik, saya tak pernah cakap pasukan Messi.”

“Ia komen menyedihkan kerana ramai pemain kami gelakkan dia. Sebagai seorang pengurus anda harus tunjukan teladan lebih baik. Lebih baik daripada paras komen itu.”

Guardiola menyatakan yang komen beliau disalah ertikan. Beliau tidak berniat untuk menghina pasukan Spurs.

“Saya sangat tahu yang Totenham bukannya Harry Kane seorang. Rasanya musim lepas, saya adalah orang yang paling banyak memuji cara Spurs bermain.”

“Saya agak kecil hati dia berkata begitu kepada saya. Saya tak pernah terniat untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati mana-mana rakan saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN