Macam Mana Nak Gunakan ‘Custom Tactic: Play Safe’ Dalam FIFA 17?

Saya selalu mendapat banyak pertanyaan, bagaimana hendak mendapatkan taktik yang cukup baik ketika bermain di FIFA 17?

Dalam artikel ini, saya akan berikan penerangan secara ringkas kepada anda mengenai custom tactic untuk mereka yang gemar bermain selamat atau play safe ketika bermain FIFA17.

Ketika melakukan build-up

Kelajuan (speed): 70
Hantaran (passing): 50
Kedudukan posisi (positioning): Tersusun (organized)

Tujuan kelajuan diletakkan pada tahap 70 adalah untuk memastikan para pemain anda laju untuk ke posisi menyerang apabila melakukan transasi dari bertahan ke menyerang.

Jadi kelajuan 70 adalah laju tapi ia bukanlah terlalu laju untuk mengelakkan kita terkena serangan balas pantas oleh pihak lawan.

Hantaran ditetapkan pada tahap 50 adalah jumlah yang seimbang jika anda mahu bermain corak permainan hantaran-hantaran pendek ataupun hantaran jauh.

Kedudukan poisisi perlu ditetapkan secara tersusun supaya pemain-pemain anda akan sentiasa ada di posisi mereka.

Kita nak cipta peluang yang macam mana?

Hantaran (passing):70
Rembatan (shooting): 20
Hantaran lintang (crossing): 60

Hantaran perlu ditetapkan kepada 70 supaya ruang mudah terbuka ketika bermain.

Hal ini supaya para pemain anda senang terima bola. Manakala rembatan perlu direndahkan jika anda mahu para penyerang anda berlari ke belakang pertahanan lawan.

Dan yang terakhir, hantaran lintang perlu diletakkan pada tahap 60 jika anda bermain tanpa penyerang yang tugasnya adalah target man.

Apakah aturan yang perlu dilakukan ketika bertahan?

Tekanan (pressure): 60
Tahap agresif (aggressive): 50
Keluasan (width): 40

Untuk bahagian pertahanan pula, tekanan ini menentukan berapa tinggi atau rendahkan pertahanan kita kita.

Jadi saya cadangkan 60 supaya pertahanan tak terlalu tinggi atau terlalu rendah ketika perlawanan.

Tahap agresif perlu diseimbangkan untuk mengelak para pemain anda melakukan kekasaran-kekasaran yang tidak perlu.

Tahap keluasan perlu dikecilkan, hal ini kerana jika pertahanan kita disempitkan maka pihak lawan sukar untuk menguasai Zon 14.

Sekian saja tips FIFA 17 dari saya, selamat mencuba!

Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan Amirul “AmTuah” Afandi yang merupakan wakil tunggal negara di kejohanan e-sukan peringkat dunia di Perancis tahun lalu. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Reviu Buku: Retro Bola Sepak (Oleh Jemaah Retro Bola Sepak)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN