Gol Gabi Guerra Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik Mingguan Piala AFC

Sekali lagi, nama pemain JDT berada dalam senarai!

Jika tempoh hari, gol dari Nazmi Faiz Mansor tersenarai dalam Anugerah Gol Terbaik Mingguan Piala AFC kini tiba seorang lagi pemain JDT tersenarai!

Pemain import, Gabi Guerra pula tercalon dalam senarai 4 gol terbaik dari hari perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala AFC tempoh hari.

Saingan sukar

Gabi Guerra menghadapi saingan sukar dalam saingan kali ini.

Hal ini kerana 3 lagi gol yang mencabar gol beliau juga hebat-hebat belaka!

Beliau ditentang dengan Duong Van Khoa ketika menentang Yadanarbon, gol beliau terhasil menerusi gol rembatan sepekan percuma dari tepi padang yang terus masuk ke dalam gol.

Gol Tchetche Kipre ketika menentang Al Jaish juga tidak kurang hebatnya apabila beliau merembat padu dalam kotak penalti hingga menerjah jaring.

Dan gol dari Pham Duc Huy ketika menentang FELDA United adalah hasil rembatan dari jarak jauh yang cukup padu!

Gol Guerra terhasil menerusi rembatan dari jarak 25 meter menewaskan penjaga gol Magwe.

Undi sekarang di laman rasmi AFC Cup di Facebook dan juga Twitter!

Baca juga: Macam Mana Nak Gunakan ‘Custom Tactic: Play Safe’ Dalam FIFA 17?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN