FAM Hukum 5 Pemain Bermasalah Disiplin, Dan 2 Pasukan Gagal Lunaskan Gaji

Dalam siaran media terbaru FAM, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu telah mengeluarkan kenyataan raasmi keputusan mesyuarat tatatertib pada 3 Mei 2017.

3 pemain dari Liga Super dan Liga Premier telah dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Mereka adalah:

1. Muhammad Fakhrurazi Musa (T-Team)

Kesalahan dilakukan ketika perlawanan LLiga Super, Perak lwn T-Team di Stadium Perak, Ipoh pada 8 April 2017.

Fakhrurazi Musa

Fakhrurazi Musa telah melakukan kesalah di bawah Artikel 59, Kod Tatatertib FAM berkenaan kelakuan yang menyinggung & fair play apabila mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan.

Ini menyebabkan pemain ini Digantung 3 perlawanan (Liga Super: Kedah vs T-Team, 24 Mei 2017; Liga Super: Selangor vs T-Team, 1 Julai 2017 & Liga Super: T-Team vs Kelantan, 11 Julai 2017).

2. Mafry Balang (Pulau Pinang)

Mafry Balang – Foto: Penang FA

Kesalahan dilakukan ketika perlawanan Liga Super, Felda United menentang Pulau Pinang di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 9 April 2017 dan dikenakan kad merah dalam perlawanan tersebut.

Kesalahan Mafry tertakluk di bawah Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan.

Ini kerana Mafry berkelakuan ganas menendang bahagian paha pemain Felda United, Gaston Cellerino.

Mafry digantung 3 perlawanan Liga Super iaitu Pulau Pinang vs Kelantan pada 15 April 2017 (automatik), seterusnya adalah Pulau Pinang vs Felda United, 7 Mei 2017, dan Kelantan vs Pulau Pinang, 24 Mei 2017.

3. Dendy Lowa (Sabah)

Kesalahan dilakukan ketika perlawanan Liga Premier, Terengganu vs Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 7 April 2017.

Dendy telah melanggar Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan apabila telah dilayangkan kad merah kerana berkelakuan ganas memijak bahagian perut pemain Terengganu, Issey Farran Nakajima.

Dendy akan digantung 3 perlawanan (Liga Premier: Sabah vs Kuantan FA, 14 April 2017 (penggantungan automatik), Liga Premier: Sabah vs Terengganu, 5 Mei 2017 & Liga Premier: Kuantan FA vs Sabah, 24 Mei 2017).

Untuk kesalahan 3 pemain di atas ini (Pemain dari Liga Super dan Liga Premier), masing-masing dikenakan denda RM3,000 serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

2 lagi pemain dikenakan tindakan kerana melakukan kesalah dalam perlawanan Piala Presiden. Mereka adalah:

1. Mohd Zulkiffli Zakaria (UiTM FC)

Kesalahan dilakukan ketika perlawanan Piala Presiden, UiTM FC lwn Terengganu di Stadium UiTM, Shah Alam pada 13 April 2017.

Zulkifli juga telah Melanggar Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan apabila telah dilayangkan kad merah kerana berkelakuan ganas menampar bahagian pipi pemain Terengganu, Muhammad Fakrul Wahib.

Zulkifli digantung 3 perlawanan (Piala Presiden: Pulau Pinang vs UiTM FC, 17 April 2017 (penggantungan automatik); Piala Presiden: Kelantan vs FC, 4 Mei 2017 & Piala Presiden: UiTM FC vs Sarawak, 8 Mei 2017).

2. Muhammad Fakrul Wahib (Terengganu)

Kesalahan dilakukan ketka perlawanan: Piala Presiden, UiTM FC lwn Terengganu di Stadium UiTM, Shah Alam pada 13 April 2017.

Fakrul telah melanggar Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan apabila telah dilayangkan kad merah kerana berkelakuan ganas menumbuk bahagian dada pemain UiTM FC, Mohd Zulkiffli Zakaria.

Fakrul digantung 3 perlawanan (Piala Presiden: Terengganu vs Sarawak, 17 April 2017 (penggantungan automatik); Piala Presiden: Terengganu vs Felda United, 4 Mei 2017 & Piala Presiden: Melaka vs Terengganu, 8 Mei 2017)

Untuk kesalahan yang dilakukan 2 pemain pada perlawanan Piala Presiden, mereka masing-masing didenda RM1,000 serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

Sementara itu, ada 2 pasukan dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM. Pasukan tersebut adalah:

6. Pasukan Piala FAM 2016, Persatuan Bolasepak Ipoh

Persatuan Bola Sepak Ipoh telah Melanggar Artikel 67, Kod Tatatertib FAM berkenaan kegagalan menghormati keputusan apabila.

Ini apabila Persatuan Bola Sepak Ipoh tidak menjelaskan gaji tertunggak empat bekas pemainnya dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Status FAM yang bermesyuarat pada 23 Disember 2016.

Mereka adalah Muhammad Ammar Abd Aziz, Sirajuddin Isa, Muhamad Hasnan Mat Isa dan Muhammad Azwan Jatin

Persatuan Bola Sepak Ipoh Didenda sebanyak RM1,500 bagi setiap kes iaitu jumlah keseluruhannya RM6,000 (4 kes).

Mereka turut diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

7. Pasukan Piala FAM 2016, DYS FC

Juga melakukan kesalahan yang sama iaitu gagal membayar gaji tertunggak empat bekas pemainnya iaitu Razid Gafar, Mohd June Azrul Lalah, Zainizam Marjan dan Mohd Reithuddin Ag Emran.

Mereka telah diarahkan untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Status FAM yang bermesyuarat pada 23 Februari 2017, tetapi gagal berbuat demikian.

DYS FC didenda sebanyak RM1,500 bagi setiap kes iaitu jumlah keseluruhannya RM6,000 (4 kes), diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan keputusan ini.

Amaran keras turut diberikan dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

Baca juga: Gol Gabi Guerra Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik Mingguan Piala AFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN