Teori Taktikal: Pivot Dalam Taktikal Bola Sepak

Apa itu pivot dalam taktikal bola sepak

Pivot adalah satu perkataan yang terlalu biasa kita dengar dalam bola sepak. Namun masih ramai yang gagal memahami atau menjelaskannya dengan baik.

Pivot dalam taktikal bola sepak merujuk kepada satu posisi yang menjadi penghubung utama pemain di bahagian pertahanan dan pemain di barisan serangan.

Pivot berada di organisasi paling bawah (deep) di antara pemain tengah. Saya juga gemar menggunakan istilah pengalir, gandar dan konduktor yang mengubungkan pemain di bahagian bawah dengan di bahagian atas.

Pivot dalam taktikal bola sepak ibarat orang tengah yang menjadi pusat dengan pasukan bergerak di sekeliling beliau. Kebiasaannya mereka akan berada di hadapan garisan pertahanan sama ada back 4 atau back 3.

Ciri ciri pemain pivot dalam taktikal bola sepak

  • Pemain yang menjadi pivot perlu ada kemampuan untuk melakukan hantaran dengan baik.
  • Boleh menukar arah bola dengan baik
  • Kemampuan untuk menyimpan bola di kaki dengan baik.
  • Terlibat ketika bertahan dan juga menyerang atau ‘shifting’ atau terlibat dalam transisi pasukan.
  • Sentiasa bersedia untuk menerima hantaran dari semua sektor

Konflik Pemahaman

Kekeliruan yang paling biasa kita dengar adalah menganggap pivot dalam taktikal bola sepak sebagai defensive midfielder. Ia dua entiti berbeza.

Namun harus diakui hampir kesemua pemain defensive midfielder akan menjadi pivot sekiranya mereka diturunkan.

Defensive midfielder adalah merujuk kepada ciri-ciri pemain manakala pivot dalam bola sepak merujuk kepada peranan yang perlu dimainkan.

Ada pasukan yang tidak menggunakan pemain defensive midfielder sebagai pivot. Contohnya pemain deep lying playmaker – Pirlo, Alonso dan Michael Carrick pula dianggap pivot yang efektif walaupun mereka bukan pemain tengah bertahan yang boleh melakukan bentesan.

xabialonso

Ini kerana mereka membantu ketika bertahan walaupun bukan fizikal, boleh menyimpan bola dan paling penting mereka adalah penghubung yang sangat baik.

Posisi yang paling umum untuk mereka adalah ‘holding’ midfielder. Ini kerana peranan ini tidak semestinya dimainkan oleh pemain tengah bertahan(defensive midfielder) sahaja.

Untuk pasukan yang memiliki defensive midfielder yang lebih klasik dan lemah dalam hantaran dan tidak begitu bagus dengan bola di kaki seperti Obi Mikel – jurulatih biasanya tidak akan menurunkan mereka sebagai lone pivot.

Jika mereka diturunkan sebagai lone pivot mereka biasanya dengan pemain box to box dalam sistem midfielder 3 seperti di bawah.

mikel

Ini untuk mengelak kerencatan dalam aliran bola dan gerakan pasukan dari bawah ke atas. Ia penting terutama sekali untuk pasukan yang mahukan lebih hantaran pendek dan penguasaan bola.

Jenis-Jenis Pivot

Ada 2 jenis utama iatu

  • Lone/Single Pivot (tunggal)
  • Double Pivot (berkembar)

Formasi pasukan tidak boleh menentukan sama ada mereka menggunakan lone pivot atau double pivot. Ada pasukan yang bemain 4-4-2 dengan lone pivot. Ada juga pasukan yang bermain 4-3-3 dengan double pivot.

Lone Pivot

Ia merujuk kepada taktikal yang menggunakan seorang pemain sebagai pivot utama. Di bawah ini saya sertakan contoh lone pivot  dalam 4-1-4-1.

4-1-4-1pivot

pvot4141

Tidak ramai pengurus yang gemar menggunakan 4-1-4-1 yang flat di midfielder 4 kerana pivot di belakang terpaksa mengawal ruang yang banyak.

Ramai yang mengaitkan lone pivot dengan formasi 4-1-4-1 sahaja. Namun sebenarnya formasi lain turut boleh menggunakan taktikal lone pivot.

Lone pivot juga boleh digunakan dalam formasi 4-5-1, 4-4-2,3-5-2 dan 3-4-3 mengikut arahan taktikal oleh jurulatih. Di bawah ini adalah lakaran formasi 4-5-1 yang menggunakan lone pivot.

pivot4231

Di bawah ini adalah contoh formasi 4-3-3 oleh Barcelona dengan sistem pivot tunggal.

433

Satu lagi contoh  Barcelona dengan taktikal lone pivot.

Ini adalah taktikal  yang menggunakan lone pivot oleh Real Madrid. Mereka menggunakan 3 pemain center attacking midfielder dan tidak menggunakan defensive midfielder dalam formasi 4-3-3.

Jelas sekali Kroos adalah pivot mereka.

real-madrid-433-base-shape

Double Pivot dalam bola sepak

Dalam kes ini, pivot adalah taktikal. Ia bukan jenis pemain.  Untuk menentukan double pivot , kita boleh melihat interaksi di antara kedua-dua pemain tengah.

Jika ada berlaku pertukaran peranan – apabila seorang menyerang, seorang lagi akan bertahan dengan kedua dua mereka ada ciri ciri mampu menjadi perancang. Maka itulah yang disebut double pivot.

Salah seorang mungkin kurang dominan dan seorang lagi lebih dominan. Atau ada pengurus yang menggunakan 2 pemain dominan.

Biasanya, pasukan yang bermain double pivot akan meletakkan 2 pemain holding midfielders bersebelahan. Di bawah ini saya sertakan contoh formasi double pivot oleh Manchester United yang menggabungkan pemain holding midfielder (Fellaini) dengan pemain tengah box to box (Pogba).

pogbafellaini

Ini pula contoh double pivot oleh pasukan Sepanyol dalam 4-2-3-1.

esp4231

Namun, tidak semestinya setiap pasukan sentiasa turun dengan lone atau double pivot. Selepas era Xabi Alonso dan Xabi Hernandez – Busquet kerap bermain sebagai lone pivot.

Ini adalah contoh organisasi Liverpool di bawah Klopp dengan mengarahkan Lucas dan Emre Can menjadi double pivot.

high-press-vs-chelsea

Seperti yang saya naytakan di atas, seseorang pengurus kadangkala sangat fleksibel dalam pengurusan pivot. Ini contoh taktikal dengan lone pivot oleh Klopp dan Liverpool – tanpa defensive midfielder sebenar. Mereka menggunakan 3 pemain center attacking midfielder.

hendo

Di negara kita – walaupun Harris Harun dan Safiq Rahim bermain di tengah bersama-sama, ia tidak bermaksud JDT bermain double pivot.

Ia adalah contoh terbaik bahawa taktikal 4-4-2/4-4-1-1 tidak semestinya bermain dengan double pivot. Dalam kes ini, Safiq Rahim lebih kepada pemain tengah menyerang yang agak advance.

Oleh itu, JDT boleh dikatakan bermain pivot tunggal jika Safiq Rahim tidak bermain di deep area. Beliau kerap menerima bola daripada Harris Harun.

Begitu juga dengan Amirul Hadi. Beliau juga bukan pivot kerana beliau lebih suka menerima bola daripada defensive midfielder berbanding dengan cuba ‘mengutip’ bola daripada pemain pertahanan.

Di Kedah adalah contoh terbaik double pivot. Amirul Hisyam dan Liridon yang sentiasa bersebelahan. Apabila seorang naik – seorang akan mengawal kawasan pertahanan.

Namun ada beberapa ketika perubahan taktikal dan formasi membuatkan Liridon lebih kepada attacking mifielder dan Amirul menjadi lone pivot.

Kesimpulan

Rumusan saya adalah, pivot adalah satu titik penting yang akan melancarkan aliran bola dan menjadi penghubung utama barisan belakang dengan barisa hadapan.

Dalam taktikal moden- ramai pengurus mahu mengelakkan bola banyak bergerak di kawasan sisi padang (wide area) kerana ia akan memaksa mereka terlalu bergantung kepada hantaran lintang.

Pivot yang efektif akan membolehkan sesebuah pasukan lebih seimbang dan boleh menukar arah serangan, hantaran dan transisi yang efektif.

Pivot kadangkala ibarat ‘otak’ di dalam sesebuah pasukan.

Baca juga : Teori Taktikal: Mengurus Shape Dan Fluidity Pasukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN