Dani Osvaldo Bersara, Tolak Tawaran Bermain Di Chievo Untuk Jadi Bintang Rock

Biasanya pemain bola sepak bersara dari bermain bola sepak kerana usia yang lanjut, masalah kecergasan dan kecederaan ataupun kerana hal keluarga.

Namun berbeza dengan bekas penyerang Argentina, Dani Osvaldo.

Ini kerana Osvaldo dilaporkan bersara daripda bola sepak kerana mahu menjadi bintang rock!

Karier Osvaldo penuh kontroversi

Dani Osvaldo merupakan produk akademi Lanus, sebuah kelab Argentina di tempat kelahirannya. Bagaimanapun beliau mula membuat kemunculan dalam skuad senior di sebuah lagi kelab Argentina, Huracán.

Kurang setahun bermain di Huracán, Osvaldo sudah pun menarik minat kelab-kelab Itali. Destinasi pertamanya di Itali adalah Atlanta yang bermain di Serie B.

Kecenderungannya berpindah-pindah kelab sepatutnya sudah patut dijadikan amaran kepada kelab-kelab lain.

Tiada siapa yang mempertikaikan kebolehannya bermain sebagai pemain profesional, tetapi mesti ada sebab lain yang menjelaskan mengapa beliau berpindah ke 4 kelab dalam masa 5 tahun.

5 tahun selepas berhijrah ke Eropah, akhirnya Osvaldo mendapat peluang bermain di UEFA Champions League bersama AS Roma. Di sinilah kisah kontroversi Osvaldo mula dihidu oleh media.

Bertumbuk dengan Lamela

Osvaldo tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mencipta kontroversi.

Hanya 3 bulan di AS Roma, beliau sudah pun menumbuk muka rakan sepasukannya, Erik Lamela selepas kekalahan 0-2 kepada Udinese kerana ‘tidak menghantar bola kepadanya.’

Osvaldo juga pernah mengundang kemarahan penyokong Roma apabila merampas bola dari tangan kapten, Francesco Totti untuk mengambil sepakan penalti ketika menentang Sampdoria.

Lebih teruk, sepakan penalti beliau diselamatkan penjaga gol!

Tak cukup dengan itu, beliau juga kerap ‘bertekak’ dengan pengadil dan pemain pasukan lawan. Pada tahun 2012 sahaja, Osvaldo telah dibuang padang sebanyak 5 kali sehingga pernah diejek boo oleh penyokong Roma sendiri.

Apabila Osvaldo digantung perlawanan ketika AS Roma menentang Lazio, beliau sepatutunya pergi ke stadium untuk memberi sokongan moral kepada rakan sepasukan.

Sebaliknya, Osvaldo keluar bercuti ke London dengan teman wanitanya.

Kemudian ketika kekalahan 0-1 Roma kepada Lazio di final Coppa Italia 2013, Osvaldo membuat hal sekali lagi.

Kali ini, penyerang Argentina ini memaki pengurus interim Roma, Aurelio Andreazzoli kerana hanya memberinya 15 minit masa bermain. Beliau turut enggan datang ke majlis penyerahan pingat pemenang sebagai tanda protes.

Barangkali tak tahan lagi dengan perangai Osvaldo, AS Roma mengambil keputusan untuk menjualnya kepada Southampton.

Bergaduh dengan rakan sepasukan lagi

Pernah mengurus Dani Osvaldo di Espanyol, bekas pengurus Southampton, Mauricio Pochettino menyangka beliau boleh ‘menjinakkan’ beliau.

Dibawa masuk dengan harga £12.8 juta, Osvaldo sekali lagi mencipta lebih banyak cerita kontroversi di luar padang berbanding cerita prestasi beliau di atas padang.

Beliau pernah digantung 3 perlawanan dan didenda £40,000 kerana berkelakuan ganas ketika menentang Newcastle.

Beberapa minggu kemudian, beliau bergaduh pula dengan Jose Fonte semasa sesi latihan fizikal.

Ketika inilah hati Osvaldo untuk bermain bola sepak sudah menjadi tawar.

Agak mengejutkan, selepas itu Juventus mendapatkan khidmat beliau secara pinjaman. Selepas tamat pinjaman di Juventus, beliau dipinjamkan ke Inter Milan dan Boca Juniors pula.

Beliau kemudian menyertai Porto secara tetap. Selepas itu kembali semula ke Boca Juniors juga dengan perjanjian tetap.

Karier beliau di Boca Juniors berakhir selepas ditangkap merokok di dalam bilik persalinan oleh pengurus, Guillermo Barros.

Tolak tawaran £2.1 juta untuk menjadi bintang rock

Osvaldo akhirnya menjadi pemain ejen bebas.

Baru-baru ini, sebuah kelab Itali, Chievo Verona menghubungi beliau untuk membantu Osvaldo bangkit semula dalam karier beliau dengan satu tawaran yang agak lumayan.

Tetapi seperti lagak bintang rock, Dani Osvaldo enggan melayan tawaran bernilai £2.1 juta setahun tersebut demi muzik.

dani-osvaldo

Dunia muzik rock mungkin dunia yang lebih sesuai dengan Osvaldo yang agak sosial dan liar.

Baca juga : 14 Pasukan Bola Sepak Yang Pernah Ditaja Oleh Band Muzik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN