Aymeric Laporte Dipikat Lupakan Perancis Untuk Bermain Dengan Sepanyol

Sedikit demi sedikit terdapat perubahan yang terdapat dalam pasukan kebangsaan Sepanyol.

Sejak diambil alih oleh jurulatih baharu, Julen Lopetegui (bekas pengurus Porto), Sepanyol mula dibarisi oleh muka-muka yang sebelum ini tidak pernah mewakili La Roja ketika era Vincente Del Bosque.

Antara pemain tersebut adalah Joao Vitolo (Sevilla), Adrian (West Ham), Sergio Roberto (Barcelona) dan Aymeric Laporte (Athletic Bilbao).

Transisi Sergi Roberto sebagai bek kanan

Bagi Sergi Roberto (Barcelona), beliau bersedia untuk merebut tempat sebagai pertahanan kanan utama Sepanyol.

Walaupun pada asalnya beliau merupakan pemain tengah, beliau kini kerap dijadikan sebagai bek kanan Barcelona.

Jadi apabila beliau terpilih ke skuad kebangsaan sebagai bek kanan, beliau langsung tak kisah.

“Saya banyak dapat peluang bermain di posisi bek kanan berbanding sebagai pemain tengah. Jadi saya tak kisah.”

Bagi Roberto, beliau merasakan Julen Lopetegui merupakan seorang jurulatih yang berkualiti.

“Beliau mengajar satu pasukan bagaimana beliau mahu bola sepaknya dimainkan. Kami mempunyai falsafah yang sama dan ia perlu diteruskan.”

Namun begitu, Sergi perlu mempertahankan tempatnya di dalam skuad kebangsaan Sepanyol.

Ini kerana posisi beliau boleh diisi oleh 3 lagi calon – Juanfran, Dani Carvajal dan Hector Bellerin.

Kehadiran Aymeric Laporte

Selain daripada itu, terdapat pemain baru yang telah dijemput oleh Lopetegui untuk menyertai skuad kebangsaan Sepanyol.

Nama beliau adalah pemain kelahiran Perancis keturunan Basque, Aymeric Laporte. Laporte layak untuk mewakili Perancis atau Sepanyol.

Hal ini kerana beliau lahir Aquitaine – sebuah negeri di Perancis – dan mempunyai moyang yang berketurunan Basque; sebuah bangsa yang wujud di Sepanyol.

Laporte dilaporkan memilih untuk mewakili Sepanyol setelah diyakinkan Lopetegui meskipun pernah mewakili Perancis di peringkat bawah-17 tahun hingga bawah-21 tahun Perancis.

FFF kecewa tetapi pasrah

Namun bagi Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), tindakan Laporte itu merupakan tindakan yang ‘salah’ untuknya tetapi mengaku Laporte ‘tidak layak’ menjadi pemain kesebelasan utama Perancis lagi buat masa ini.

“Kami ucapkan selamat maju jaya buat Laporte, namun kami rasa tindakannya itu salah.”

“Jika Laporte memilih untuk mewakili Perancis sekalipun, beliau bukanlah menjadi pemain utama pasukan. Jadi jika beliau mahu mewakili Sepanyol itu haknya.”

FFF juga mendedahkan jurulatih Perancis iaitu Didier Deschamps pernah ingin membawanya ke Piala Eropah 2016 selepas prestasi cemerlangnya bersama Athletic Bilbao.

Namun hasrat Deschamps tak kesampaian kerana Laporte cedera.

Alasan FFF mengapa Laporte mungkin tidak akan menjadi pemain utama skuad Perancis adalah kerana pemain lain yang sama posisi dengannya juga sedang bertarung untuk menjadi pemain utama skuad Perancis.

“Pemain pertahanan tengah kami sedang berusaha untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan.”

“Pemain seperti Eliaquim Mangala dan Mamadou Sakho mampu kembali ke skuad. Begitu juga dengan Kurt Zouma.”

Baca juga: Canizares Mahu De Gea Jadi Penjaga Gol No.1 Sepanyol, Casillas Digugurkan Terus

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN