Andrea Pirlo Terap Kaedah Latihan Baharu Buat Juventus

Pirlo Juventus

Tanpa sebarang pengalaman melatih skuad utama sebelum ini, Andrea Pirlo sudah pastinya berdepan tugas sukar dalam menggalas tanggungjawab besar membimbing kelab gergasi Itali, Juventus bagi menghadapi musim 2020/21 ini.

Hakikat tersebut bagaimanapun tidak menghalang Pirlo daripada menyimpan tekad untuk membawa Juventus mencapai kejayaan dalam saingan domestik dan Eropah.

Cukup berkuasa di Itali selepas menjuarai saingan Serie A buat sembilan musim berturut-turut, Juventus nyata ketandusan trofi Liga Juara-Juara Eropah apabila kali terakhir memenangi kempen paling berprestij di Eropah itu pada musim 1995/96.

Sehubungan dengan itu, Pirlo merasakan terdapah kaedah baharu yang diterapkan terhadap pasukannya dalam usaha memberikan lebih kejayaan buat skuad yang turut digelar The Old Lady tersebut.

”Kami akan memberikan segalanya yang kami miliki, kami pasti memiliki keinginan besar untuk membuktikan kepada penyokong Juventus bahawa kami mahu memenangi kejuaraan Scudetto buat kali ke-10 berturut-turut dan mungkin akan mencapai fasa akhir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.”

”Terdapat keinginan dan harapan yang tinggi, tetapi kami di sini dan kami mahu melakukan yang terbaik,” ujar Pirlo menurut laporan Goal.

”Kami bermula baik dengan semangat dan keinginan untuk kembali. Selepas beberapa hari, para pemain akan bersama skuad kebangsaan tetapi kami akan terus bekerja dengan pemain yang masih ada bersama pasukan.”

”Para pemain ingin melakukannya dengan baik, mereka telah menemui kaedah baharu dengan beberapa latihan baharu yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini. Ia juga telah membawakan semangat baharu.”

”Jalannya masih panjang, juga kerana kami tidak mempunyai banyak masa untuk bekerja kerana ramai pemain yang tiada.”

”Tetapi kami sedang bekerja dengan baik dengan mereka yang ada bersama pasukan. Saya harap saya dapat menyampaikan beberapa konsep yang kami lakukan untuk hari pertama dan berharap untuk mencari sesuatu di tengah padang.”

Kredit featured image: Facebook rasmi Juventus

Baca artikel lain dari kami mengenai Andrea Pirlo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN