Pirlo Kecewa Alasan FIGC Tidak Lantik Beliau Sebagai Jurulatih Azzurri

Andrea Pirlo telah mengeluarkan satu kenyataan kerana kecewa dengan kontrak bersama sebuah syarikat penyiar televisyen telah menghalang beliau untuk dilantik sebagai pembantu jurulatih kepada Roberto Mancini di skuad kebangsaan Itali.

Pirlo bersara dari bola sepak pada November lalu, telah dipilih sebagai salah seorang jurulatih Itali di bawah kendalian Mancini.

Bagaimanapun pikah Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC), menolak sebulat suara perlantikan Pirlo kerana bekas pemain AC Milan itu mempunyai kontrak bersama Sky Sport Italia sebagai pengulas untuk pertandingan UEFA Champions League.

Bekas pemain berusia 39 tahun itu kemudian mengeluarkan satu kenyataan untuk membalas tindakan FIGC, yang memilih Angelo Gregucci sebagai pembantu kepada Mancini.

Pirlo menyalahkan FIGC yang tidak menjelaskan komitmen bersama pihak lain akan menjadi masalah untuk pertimbangan oleh badan induk bola sepak Itali itu.

Kenyataan daripada Pirlo yang disiarkan oleh ANSA, berbunyi:

(Photo by Pier Marco Tacca/Getty Images)

“Sepanjang karier saya sehingga ke hari ini, saya sentiasa menghormati pasukan kebangsaan dan nilai yang dibawa bersamanya, untuk diri saya dan seluruh Itali.”

 

“Saya harus menjelaskan mengenai perbincangan yang dilakukan di antara saya dan FIGC yang sangat jelas dan terperinci.”

“Sejak pertemuan pertama, saya menekankan bahawa saya akan menberikan khidmat secara maksimum, dan pada masa yang sama juga akan menghormati komitmen terhadap penaja dan kerjasama luar yang lain yang merupakan sebahagian daripada obligasi kerjaya profesional.”

“Ini termasuklah perjanjian yang telah saya persetujui bersama Sky sebelum ini.”

“Jika perkara tersebut menjadi halangan untuk persetujuan dicapai, saya tidak mempunyai masalah untuk memahaminya. Masalahnya, saya diberitahu perkara ini bukan menjadi masalah, dan kenyataan inilah yang menyebabkan dua pihak meneruskan usaha ke arah kerjasama.”

“Untuk memenuhi kehendak FIGC, saya berkorban untuk mengambil lesen kejurulatihan sepanjang musim panas yang lalu.”

<> at Coverciano on October 8, 2015 in Florence, Italy.

“Namun, usaha dan kerjasama ini telah diusik tanpa kerelaan dari saya. Semangat dan kesungguhan saya terhadap pasukan kebangsaan tetap sama.”

“Namun, saya hanya mengikuti perkembangan skuad kebangsaan secara tidak langsung, dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.”

Gregucci yang dipilih oleh FIGC untuk mengganti Pirlo pernah bekerja bersama Mancini di Manchester City, dan merupakan pembantu beliau ketika di Zenit St Petersburg.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN