Piala Malaysia: JDT Baham Kedah, Sambut Kepulangan Mora

Dalam perlawanan lalu, kedua-dua pasukan dikejutkan oleh lawan masing-masing.

Kedah diikat oleh Kelantan tanpa jaringan di Alor Star, manakala JDT ditewaskan oleh MISC-MIFA 2-1 di Larkin.

Perlawanan ini menyaksikan JDT akan dibimbing oleh Benjamin Mora, yang dinaikkan pangkat untuk melatih pasukan pertama.

Kedua-dua pasukan turut turun dengan misi tiga mata, untuk memburu kelebihan dalam memburu laluan ke peringkat seterusna.

JDT tidak menunggu lama untuk menguji benteng Kedah apabila memperolehi peluang seawal minit ke-3, namun gagal disempurnakan oleh Fernando Marquez.

Kredit: JST, Facebbok

Larian menarik Hariss Harun dan disusuli dengan percubaan pada minit ke-9 juga menyaksikan bola mudah didakan kemas penjaga gol Kelantan, Mohamad Ramdhan.

Namun pada minit ke-11 Kedah gagal menghalang jaringan Marquez, selepas penyerang import dari Argentina itu menyambar hantaran cantik Corbin-Ong untuk JDT mendahului 1-0.

Tidak berdiam diri, Kedah turut melakukan beberapa gerakan dan berjaya mengikat kedudukan, juga melalui penyerang import, Sandro pada minit ke-36 perlawanan.

Kredit: JST, Facebook.

Babak pertama perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat masing-masing dengan satu gol.

Tidak lama babak kedua bermula, JDT tidak membuang masa apabila kembali mendahului pada minit ke-47 perlawanan melalui Natxo Insa untuk kedudukan 2-1.

Selepas aksi kedua-dua pasukan terlepas peluang menambah jaringan pada babak kedua, penyokong tuan rumah kembali gamat apabila giliran Hazwan Bakri mencetak nama sebagai penjaring untuk melebarkan kedudukan kepada 3-1 pada minit ke-72 perlawanan.

Kredit: JST, Facebook

Gol Hazwan dari sepakan percuma dari sebelah kiri, adalah akibat kegagalan penjaga gol membaca pergerakan arah bola.

JDT terus mengganas selepas itu, dan kini giliran Cabrera untuk meledak gol selepas menerima hantaran tepat daripada Marquez pada minit ke-81 untuk JDT selesa mendahului 4-1.

Tatkala kedudukan diangka kekal, S. Kunanlan menambah derita Si Lang Merah dengan gol kelima untuk JDT.

Tamat perlawanan, tiga mata penuh berharga untuk JDT, Kedah pulang kecewa.

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN