VIDEO: Villareal Perkenal Santi Cazorla Dengan Silap Mata

Lupakan sebentar kisah Thibaut Courtois mencium lencana Real Madrid. Atau bagaimana seluruh Turin kagum akan ketibaan Cristiano Ronaldo.

Malah alunan piano Alexis Sanchez ketika tiba di Old Trafford pada Januari lalu tidak seindah apa yang berlaku di Estadio de la Cerámica semalam.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Santi Cazorla diperkenalkan kepada penyokong Villareal dengan kaedah yang amat berlainan. Seperti sirih pulang ke gagang, Cazorla kembali menyertai kelab pertama di mana karier profesional beliau sebagai pemain bermula.

Dan ianya hanya direalisasikan selepas beliau menjalani sesi percubaan bersama kelab tersebut pada musim panas lalu.

Cazorla kembali ke kelab Sepanyol itu selepas enam musim berkelana ke London bersama Arsenal. Ia bukan pengalaman yang mudah buat Cazorla selepas mengalami kecederaan buku lali ketika pertandingan eropah menentang Ludogorets pada 2016.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Sejak daripada itu, pemain tengah ini melalui lapan pembedahan untuk pulih.

Malah disebabkan oleh gangren, buku lali beliau memerlukan pembedahan untuk menampal sel dan kulit mati.

Pakar perubatan berpendapat karier Cazorla sudah pun berakhir. Enggan menyerah kalah, pemain berusia 33 tahun membuktikan pasukan perubatan tersebut silap.

Perlawanan pertama dimana Cazorla memperagakan aksinya selepas proses rawatan yang panjang ialah dalam perlawanan pra musim menentang Hercules.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Perlawanan tersebut ialah yang pertama beliau di dalam tempoh 636 hari.

Kini Cazorla sudah memiliki kontrak, dan kaedah digunapakai Villareal untuk mengumumkan pemain ini di Estadio de la Ceramica sememangnya magis.

Seperti mana Cazorla melakukan magis dalam mengembalikan diri untuk beraksi, demikianlah kisah pengenalan Cazorla yang dilakukan oleh Villareal.

Anda boleh menyaksikan video pengenalan Cazorla oleh Villareal melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN