Piers Morgan ‘Meroyan’ Teruk Ketika Melihat Arsenal Didominasi Oleh Man City

Piers Morgan ‘meroyan’ selepas melihat pasukan kesayangan beliau, Arsenal teruk didominasi oleh Manchester City ketika kedua-dua pasukan itu bertembung dalam aksi saingan Premier League awal pagi tadi.

Manchester City membelasah Arsenal tanpa belas walau perlawanan antara kedua-dua pasukan itu dijangka akan sangat sengit kerana ia melibatkan perebutan menjuarai saingan Premier League musim ini.

City ketinggalan lima mata ketika turun dalam perlawanan ini, dan tiga mata di Etihad membantu mereka untuk kini hanya dua mata sahaja dibelakang Arsenal.

Dua mata itu tidak menjadi masalah untuk Manchester City kerana mereka mempunyai kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan.

Kevin de Bruyne membuka tirai jaringan untuk Man City dalam perlawanan ini pada minit ke-7 permainan sebelum John Stones menggandakan kedudukan pada akhir-akhir aksi babak pertama.

Masuk aksi babak kedua permainan, Kevin de Bruyne berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya, seterusnya membantu City mendahului Arsenal dengan keputusan 3-0.

Rob Holding kemudiannya meledak gol saguhati untuk Arsenal pada minit ke-86 permainan sebelum Erling Haaland menutup perlawanan ini dengan menjaringkan gol ke-49 beliau pada musim ini pada masa kecederaan permainan.

Piers Morgan meroyan teruk di media sosial

Selepas melihat kesebelasan utama Arsenal, Piers Morgan memuat naik status dengan menyatakan:

“Sangat suka skuad ini. Kita akan merindui Saliba, tapi sangat menarik untuk melihat Xhaka kembali. Tapi saya rasa kita akan menang. COYG.”

Walau beliau pada awalnya nampak sangat bersemangat, namun Piers sepertinya dirasuk setan selepas melihat bagaimana teruknya Arsenal didominasi oleh Man City dalam perlawanan tersebut.

Ketika Arsenal sudah ketinggalan 2-0 pada aksi babak pertama, Piers Morgan memuat naik status baru dengan menyatakan:

“Ia membuatkan saya lebih sakit berbanding menikmati sushi pada hari Isnin.”

Morgan kemudiannya meluahkan lagi kekecewaan beliau selepas melihat De Bruyne meledak gol ketiga Man City pada aksi babak kedua permainan.

“Kita cuma berikan kepada mereka secara percuma. Bola, perlawanan, gelaran Premier League. Penyerahan yang memalukan dari Arsenal.”

“Sangat mengecewakan.”

Tulis Piers Morgan di media sosial miliknya.

“Setidak-tidaknya tunjukkan semangat juang, Saya tak kisah kalah kepada pasukan yang lebih baik, yang mana City jelas sekali lebih baik, tapi saya keberatan untuk kalah dengan cara tak bermaruah.”

Selepas wisel penamat dibunyikan, Piers Morgan menyambung meroyan di twitter dengan menulis:

“FFS. Sangat huru-hara.”

“Ketika saya muntah-muntah teruk di dalam mangkuk tandas pada jam 2am Seleasa lalu, saya tak pernah bayangkan yang ia akan jadi hal kedua paling menyakitkan untuk saya lalui minggu ini.”

Melihat kepada cara beliau meroyan, jelas sekali Piers Morgan sangat-sangat kecewa melihat keputusan perlawanan itu.

Arsenal kini sudah gagal untuk mencatatkan sebarang kemenangan dari empat perlawanan terakhir mereka. dengan mereka selepas ini bakal bertemu Chelsea untuk aksi ke-34 dalam saingan Premier League.

Memandangkan Chelsea sendiri sedang bergelut dengan pelbagai masalah, sepertinya tiada masalah untuk Gunners mendapatkan semula rentak kemenangan mereka dalam perlawanan tersebut.

Manchester City sementara itu sudah berjaya mencatatkan kemenangan ketujuh mereka secara berturut-turut dalam saingan Premier League.

Skuad kendalian Pep Guardiola juga masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dari 17 perlawanan mereka dalam semua pertandingan.

The Citizens selepas ini akan turun beraksi bertemu Fulham dan andai mereka menang dalam perlawanan di Craven Cottage itu, mereka bakal memintas Arsenal dan memimpin carta saingan Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN