Ederson ‘Menganjing’ Penyokong Arsenal Tanpa Belas Sebaik Haaland Ledak Gol Keempat Man City

Ederson telah melalui malam yang sangat indah bagi dirinya pada hari ini, selepas beliau dilihat menganjing penyokong Arsenal sebaik melihat Erling Haaland meledak gol keempat Man City dalam perlawanan tersebut.

Penjaga gol kebangsaan Brazil itu boleh dikatakan agak santai dalam perlawanan ini dek kerana kurangnya ancaman dari jentera serangan Arsenal.

Beliau mempunyai terlalu banyak masa untuk bersantai hingga sempat menganjing penyokong-penyokong Arsenal yang ada dibelakangnya.

Manchester City jelas sekali terlalu dominan dalam perlawanan ini dengan mereka terlalu mudah membelasah Arsenal 4-1 untuk merapatkan jurang mata antara kedua-dua pasukan dalam carta saingan Premier League.

Walau perlawanan ini dijangka akan sangat sengit kerana ia bakal jadi penentu calon juara saingan liga musim ini, namun Man City membuktikan yang mereka lebih layak untuk menjulang Piala liga Perdana Inggeris itu.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang Ederson terlalu santai dalam perlawanan ini dan beliau hanya beberapa kali sahaja menerima bola di gawang golnya.

Dan kerana terlalu santai itulah yang menyebabkan beliau sempat terfikir untuk mengusik para penyokong pasukan pelawat.

Tiada tekanan sama sekali untuk penjaga gol kebangsaan Brazil itu dalam perlawanan yang dianggap sebagai penentu kejuaraan Premier League itu.

Selepas melihat Haaland meledak gol keempat Man City dalam perlawanan ini, Ederson memilih untuk meraikan gol tersebut dengan menganjing para penyokong lawan.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu menganjing penyokong Arsenal dengan menunjuk isyarat seolah-olah beliau sedang menangis, namun reaksi mukanya yang ketawa riang itu menambah rasa sakit hati penyokong Gunners.

Beliau jelas sekali menganjing penyokong Arsenal yang tentunya akan menangis melihat skuad mereka dibelasah teruk dalam perlawanan tersebut.

Dari menjadi calon kegemaran untuk menjuarai saingan liga, Arsenal beberapa kali melakukan kesilapan dungu yang menyebabkan mereka hilang mata-mata penting.

Sejak aksi terikat bertemu Liverpool sebelum ini, Arsenal masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dengan mereka seri bertemu West Ham dan Southampton, dan tewas kepada Man City.

Sepertinya memang tak ada sesiapa yang sempat berfikir bahawa Arsenal akan mampu tewaskan City, namun ramai yang percaya mereka sangat berpotensi untuk menjuarai saingan musim ini.

Dan kerana itulah agak sayang untuk melihat skuad kendalian Mikel Arteta itu hilang mata ketika beraksi bertemu pasukan lain kerana mereka sememangnya sukar untuk mengutip tiga mata penuh bertemu City.

Mereka sudah mendahului carta liga dengan sangat selesa sebelum ini, namun kehilangan mata demi mata menyebabkan mereka kini semakin sukar untuk bergelar juara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN