Ralf Rangnick Nasihatkan Julian Nagelsmann Jadi Pengurus Tottenham

Julian Nageslmann

Bekas pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick menasihatkan agar mantan pengurus Bayern Munich iaitu Julian Nagelsmann untuk menerima jawatan di Tottenham Hotspur.

Beliau yang masih lagi hijau selepas diberhentikan kerja oleh gergasi Jerman itu, kini tidak mempunyai mana-mana pasukan untuk dilatih dan Rangnick mencadangkan agar pengurus muda itu menerima tawaran dariapda Tottenham.

Walaupun Tottenham mungkin adalah pasukan yang sedang mengalami masalah, tetapi Rangnick berasakan ianya adalah sebuah kelab yang menarik untuk diterokai potensinya oleh Nagelsmann.

“Saya percaya yang Tottenham adalah sebuah kelab yang menarik dalam pelbagai cara. Mereka ada stadium termoden dan tercantik ketika ini. Kompleks latihan mereka juga yang terbaik ketika ini.

“Mereka turut mempunyai Daniel Levy yang sudah berada di kelab untuk satu tempoh yang lama. Saya sedar yang beliau ada perangai kedekutnya tetapi Levy tahu selok belok perniagaan bola sepak dan tak akan letak dirinya sebagai tumpuan utama pihak media,” kata Rangnick kepada Sky Sport.

Namun begitu, masalah di Tottenham adalah kurangnya semangat waja untuk memburu kejuaraan sambil pemain-pemain yang ada tidak cukup hebat untuk bersaing dengan yang lain.

Oleh itu, Rangnick berasakan adalah perlu untuk Tottenham mempunyai pengarah sukan bagi menguatkan lagi kelab mereka.

“Jika kelab benar mahu melihat kejayaan yang dibawa oleh Nagelsmann, ianya cukup penting untuk kelab mempunya pengarah sukan yang akan menyokong tugasnya.

“Masih banyak lagi yang perlu diperbaik dan perkara ini tidak boleh dilihat dengan cepat, ianya memakan masa,” kata Rangnick lagi.

Rangnick ketika ini merupakan jurulatih bagi skuad kebangsaan Austria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN